[VIDEO] ‘Cop parking another level’, katanya nak elak bukan penduduk letak kereta dalam kawasan flat


  • Tular
  • Khamis, 31 Jul 2025

Tangkap layar sesetengah penduduk meletakkan kunci mangga pada tempat letak kereta mereka.

SEBUAH video tular di media sosial memaparkan situasi unik yang berlaku di sebuah kawasan flat di Tebrau, Johor Bahru, Johor apabila sesetengah penduduk meletakkan kunci mangga pada tempat letak kereta mereka sebagai tanda menandakan tempat letak kereta.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Wani Anuar yang memuat naik rakaman berkenaan apabila memaparkan sikap pentingkan sendiri mereka atas tujuan menjaga kawasan parkir kononnya. 

"Normal macam ini kan? Pilih lah saya untuk cari rumah impian anda. Insya-ALLAH saya cadangkan unit tidak cop parking," tulisnya pada video yang dimuat naik pada laman TikTok pada Rabu. 

BACA LAGI: Mayat budak 6 tahun ditanam dalam belukar, polis rampas cangkul digunakan bapa

BACA LAGI: Bekas pengetua nafi terbabit kes Zara Qairina, beri sokongan penuh kepada polis

Tindakan berkenaan dilihat sebagai cara untuk menandakan ruang parkir mereka agar tidak diambil oleh orang lain.

Namun begitu, di platform Facebook, warganet berpendapat bahawa tindakan meletakkan kunci mangga pada tempat letak kereta tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan bukan penduduk daripada meletakkan kenderaan dalam kawasan flat tersebut. 

Ramai yang melihatnya sebagai langkah proaktif penduduk untuk menjaga hak mereka dalam penggunaan ruang parkir yang terhad di kawasan perumahan itu.

Keadaan berkenaan menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh komuniti flat dalam menguruskan tempat letak kereta yang mencukupi dan masalah parkir haram oleh individu luar yang tidak tinggal di kawasan berkenaan.

Isu ‘cop parking’ yang menjadi tular itu turut membuka perbincangan lebih luas mengenai keperluan pengurusan tempat letak kereta yang lebih sistematik dan berkesan di kawasan perumahan bertingkat. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram