
GELOMBANG tsunami setinggi sehingga lima meter menyebabkan arahan pemindahan dikeluarkan di Hawaii serta beberapa kawasan lain susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 menggegarkan perairan berhampiran Semenanjung Kamchatka, Rusia pada Rabu.
Gabenor Hawaii, Josh Green berkongsi bahawa masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana kekuatan sebenar gelombang yang akan melanda negeri itu, namun memberi amaran walaupun gelombang kecil ia boleh membawa impak yang kuat.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan diterima, namun pihak berkuasa memerlukan masa sehingga empat jam untuk menilai keselamatan sebenar keadaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Gempa bumi kuat Rusia akibatkan tsunami di Hokkaido, Indonesia kini siap siaga
"Gelombang yang kecil sekalipun boleh dipacu dengan kuasa yang sangat besar. Kita masih belum berada dalam keadaan selamat sepenuhnya.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membahayakan diri," kata Green.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran bahawa bahaya mungkin berlarutan selama beberapa jam selagi aktiviti gelombang berterusan.
Beliau juga memaklumkan bahawa helikopter Black Hawk dan kenderaan khas untuk kawasan air tinggi telah siap siaga sekiranya misi menyelamat diperlukan.
Sebelum ini, Pusat Amaran Tsunami Amerika Syarikat (AS) menjangkakan gelombang setinggi antara satu hingga tiga meter boleh melanda Hawaii.
Jabatan Pengurusan Kecemasan Honolulu turut menasihatkan penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai agar berpindah ke kawasan lebih tinggi.
It's wild to see a Category 3 hurricane, a tropical storm, and a tsunami hitting near Hawaii all at once. That's a rare and intense mix of natural events converging on one spot.#Tsunami Hawaii, Honolulu, Maui pic.twitter.com/yfO2910PHH
— Jose M (@JMLV51) July 30, 2025
Sementara itu, Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii mengesahkan bahawa semua pelabuhan komersial telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Selain itu, Green juga memberitahu bahawa semua penerbangan masuk dan keluar dari Pulau Maui iaitu pulau kedua terbesar di Hawaii telah dibatalkan pada malam Selasa.
Sebelum ini, gelombang tsunami pertama dilaporkan telah melanda pulau utama utara Hokkaido, Jepun dengan ketinggian sekitar 30 sentimeter.
Penyiar berita NHK melaporkan gelombang tersebut telah ‘mendarat’ di pesisir Hokkaido dan memberi amaran bahawa gelombang susulan berkemungkinan jauh lebih tinggi dan berbahaya.
Watch: Large waves hit Japan's Hokkaido following tsunami alert
Waves as high as 3-4 metres (10-13 feet) were reported in Kamchatka while 30cm (12in) waves have hit Hokkaido pic.twitter.com/8iVjiaBrqG
— The Telegraph (@Telegraph) July 30, 2025
Sebelum ini, Agensi Cuaca Jepun mengeluarkan amaran bahawa ombak tsunami yang setinggi sehingga tiga meter dijangka melanda sepanjang pantai utara dan timur Jepun, termasuk kawasan sehingga ke Wakayama di selatan Osaka.
Ancaman tsunami tercetus susulan gempa bumi kuat berukuran magnitud 8.7 menggegarkan perairan berhampiran Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Rabu menyebabkan tsunami setinggi sehingga empat meter, salah satu gempa paling kuat pernah direkodkan.
Kejadian berkenaan turut mencetuskan amaran tsunami di kawasan pesisir beberapa bahagian di Rusia, Amerika Latin, serta negara-negara Asia dan Kepulauan Pasifik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram