
SELEPAS lama mencurah keringat sebagai pekerja di Malaysia, seorang warga India pulang ke kampung halamannya sambil membawa legasi makanan negara ini.
Ia dapat dilihat menerusi pemuda dikenali sebagai Kani Boy yang membuka restoran dikenali sebagai Tomyam Malaysia dekat Ramanathapuram, Tamil Nadu, India.
Restoran itu nyata menjadi tular dalam kalangan warganet Malaysia kerana Kani menjual pelbagai masakan negara ini.
BACA LAGI: Gigit hingga mati, bayi usia 12 bulan terselamat dipatuk ular tedung di India
Antara makanan yang ditawarkan kepada pengujung restorannya adalah ikan bakar, tomyam serta minuman-minuman lazim rakyat Malaysia iaitu teh o ais dan sirap limau.
Lebih menarik, Kani turut menyediakan ruang makan yang khas untuk mereka yang datang dalam bilangan ramai sambil menawarkan pakej keluarga dalam menunya.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah Kani membawa mentaliti penyediaan makanan di Malaysia yang mengamalkan kebersihan di premis restorannya.
"Tengok gaya memang dia ikut macam mana pengendalian makanan di Malaysia, tak semua rakyat India itu pengotor. Ada yang lebih pembersih daripada kita, apa-apa pun baguslah dah jadi bos," kata itsnanaa yang penuh kagum.
"Nampak bersih! Tempat duduk pun bersih, mantap!," ujar youna.mf.
"Baguslah dia. Timba ilmu, kumpul duit, balik negara sendiri buka bisnes. Dia mesti pasang cita-cita tu sebelum datang Malaysia lagi. Syabas," komen lanrossi pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram