
KERAJAAN dalam proses pertimbangan untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebuah jawatankuasa khas sudah dibentuk untuk membincangkan langkah bagi mengharamkan penggunaan alat tersebut.
Kata Dr Zukefly lagi, akta sedia ada iaitu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) tidak merangkumi pengharaman penjualan dan penggunaan rokok elektronik.
BACA LAGI: Gigit hingga mati, bayi usia 12 bulan terselamat dipatuk ular tedung di India
BACA LAGI: [VIDEO] Laos turut jadi mangsa perang Thailand-Kemboja
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
"Ia akan dibentangkan dalam bentuk cadangan yang mana kementerian akan membawa agenda ini untuk mengharamkan rokok elektronik.
"(Akta) tidak merangkumi pengharaman rokok elektronik. Saya harap ia (akta) dapat dijelaskan," kata Dr Dzulkefly pada Isnin.
Pada masa yang sama, Dr Dzulkefly mengatakan yang penilaian terperinci perlu dilakukan dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum keputusan dibuat.
Beliau dan ahli jawatankuasa khas sudah pun mengadakan mesyuarat pada 22 Julai lalu dengan langkah seterusnya mengadakan perbincangan bersama empat kementerian lain iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Jabatan Peguam Negara.
Buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menguatkuasakan Akta 852 yang merangkumi pendaftaran produk rokok dan rokok elektronik, larangan terhadap individu bawah umur dan sekatan terhadap penjualan produk rokok dan rokok elektronik.
Hasil daripada penguatkuasaan yang bermula 1 Oktober 2024, KKM melakukan 15,775, mengeluarkan 78,424 notis, dan membuka 524 kertas siasatan.
Sebelum penguatkuasaan akta tersebut, terdapat 3,200 jenama dan 6,800 varian yang terjual di pasaran.
Namun selepas penguatkuasaan dilakukan, jumlah itu menurun kepada 390 jenama dan 2,794 varian setakat 30 Jun, tahun ini.
Dr Dzulkefly menyambut baik keputusan enam kerajaan negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang yang tidak lagi mengeluarkan atau memperbaharui lesen penjualan rokok elektronik.
Setakat ini, Johor dan Kelantan melarang sepenuhnya jualan produk rokok elektronik, sementara Kedah tidak lagi mengeluarkan lesen untuk kedai rokok elektronik.
Terengganu dan Perlis akan mengharamkan penjualan produk rokok elektronik bermula 1 Ogos. — The Star/TARRENCE TAN/ARFA YUNUS/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram