
KONFLIK di sempadan melibatkan Thailand dengan Kemboja tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan reda.
Hal ini kerana, satu lagi negara, Laos sudah terpalit dalam konflik tersebut dengan mereka turut diserang hingga menyebabkan tiga orang mangsa maut.
Thailand menuduh Kemboja memburukkan lagi keadaan apabila menyerang Laos dengan mensasarkan tapak bersejarah negara itu.
BACA LAGI: PM Thailand beri amaran, konflik Kemboja boleh bertukar perang
BACA LAGI: 'Kami rasa terhina', bomba kecewa selepas berusaha 'selamatkan' Ija
Jurucakap tentera Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree berkata, serpihan roket yang dikesan berada di tapak bersejarah Laos itu bukannya milik tenteranya.
Menurut tentera Thailand, pihaknya sudah beberapa kali mengesan serangan jarak jauh oleh Kemboja yang disasarkan kepada orang awam sejak kedua-dua negara bertempur di sempadan.
Thailand mendakwa Kemboja sengaja melancarkan serangan ke tempat-tempat awam termasuk tapak sejarah kerana mereka tidak mampu menyerang aset ketenteraan.
Dalam masa yang sama, Winthai turut mengatakan serangan terhadap Laos itu bertujuan untuk memburukkan nama Thailand.
Tindakan Kemboja itu dilihat seolah-olah mahu mencalar reputasi Thailand di peringkat antarabangsa.
"Jika tindakan mereka itu tidak disengajakan, mana mungkin serangan akan begitu jauh dihalakan.
"Tentera Thailand melihat tindakan itu sebagai bermain di luar peraturan dan itu bukannya satu tindakan ketenteraan yang terpuji," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram