[VIDEO] 'Ini baru intro', Shuhaily ‘basuh' cukup-cukup pegawai Imigresen jangan terjebak rasuah


  • Massa
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Shuhaily memberikan amaran keras kepada pegawai imigresen untuk tidak mengambil rasuah.

KETUA Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang baharu, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberikan amaran keras kepada pegawai Imigresen Malaysia untuk membanteras isu rasuah.

Amaran keras itu disuarakan oleh Shuhaily selepas tertangkapnya seorang pegawai imigresen kerana melakukan counter setting pada Khamis.

Dalam video yang dikongsikan di media sosial, Shuhaily dengan tegas memberi amaran kepada pegawai imigresen untuk tidak mengambil mudah dengan rasuah terutamanya melibatkan kawalan sempadan.

BACA LAGI: 'Pergi ride tapi otak tinggal rumah', ramai cadang letak papan kosong elak kes vandalisme berulang

BACA LAGI: 'Kami rasa terhina', bomba kecewa selepas berusaha 'selamatkan' Ija

"Kau tahu, satu hari nanti kena dekat anak kau orang, baru kau orang tahu.

"Aku pernah tengok bapa datang menangis, emak datang menangis, sebab apa? Sebab kau orang (bagi) lepas.

"Dan aku doa, kalau kau orang buat macam tu (ambil rasuah), biar kena dekat kau orang.

"Itu yang hari-hari aku terima dalam konteks jenayah, jadi sekarang tanggungjawab aku masuk ke sini untuk tak nak bagi benda tu masuk," ujar Shuhaily.

Sebelum ini, seorang pegawai imigresen ditangkap bersama-sama sejumlah wang tunai dan telefon bimbit akibat melakukan perbuatan counter setting yang turut dikenali sebagai tebuk pintu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram