
MIRI di Sarawak menjadi lokasi terbaharu yang mencatatkan kemerosotan kualiti udara apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu mencecah tahap tidak sihat pagi ini, memetik laporan Berita Harian.
Menurut laporan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Miri merekodkan bacaan IPU sebanyak 124 setakat pukul 10 pagi tadi.
Sementara itu, Cheras kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU tidak sihat 131, meningkat daripada 124 yang direkodkan pada pukul 8 pagi.
BACA LAGI: Ilmu angkasa diperkenal di sekolah mulai 2027, bakal pacu 5,000 pekerjaan menjelang 2030
BACA LAGI: Tinggalkan kelab yang sama, siapa sangka 'jodoh' kembali bertaut bersama kelab berbeza
Cheras kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU tidak sihat 131, meningkat daripada 124. — Facebook
Berdasarkan garis panduan JAS, sesuatu kawasan diklasifikasikan sebagai mencatat kualiti udara tidak sihat apabila bacaan IPU berada antara 101 hingga 200.
Setakat ini, hanya enam stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik iaitu Balik Pulau (Pulau Pinang), Kemaman (Terengganu), Tanah Merah (Kelantan), Langkawi (Kedah), Kangar (Perlis) dan Pengerang (Johor).
Dalam pada itu, sebanyak 60 stesen lain merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 100.
Orang awam dinasihatkan untuk berwaspada dan mengehadkan aktiviti luar, khususnya golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah pernafasan. — The Star/SANDRA SOKIAL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram