[VIDEO] Dua lori berlanggar di Tuas sampai kontena tercampak masuk laut, pemandu sempat selamatkan diri


  • Tular
  • Khamis, 24 Jul 2025

Tangkap layar kejadian yang berlaku di Jambatan Kedua Malaysia–Singapura (Tuas Second Link) pada Khamis

LALUAN keluar dari Malaysia menuju ke Singapura di Tuas Second Link, Gelang Patah, Johor gempar pada Khamis apabila sebuah lori membawa kontena dilaporkan terbabas sebelum kontenanya tercampak ke dalam laut.

Menurut maklumat awal dan rakaman video berdurasi satu minit yang tular di media sosial, insiden tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk apabila ramai pengguna jalan raya berhenti di lokasi kejadian untuk melihat kontena yang tercampak ke laut.

Berdasarkan video yang dimuat naik pengguna Facebook, Fisz Man In Black menunjukkan suasana kecoh ketika para penunggang motosikal dan pengguna jalan raya lain berhenti di bahu jalan untuk melihat insiden berkenaan.

BACA LAGI: Ada majikan masih rompak, manipulasi pelaksanaan gaji minimum — JPKK

BACA LAGI: SARA RM100: Beras, minyak masak dan detergen dalam 'list', cek barangan boleh dibeli

Difahamkan, kejadian berkenaan melibatkan lori kontena yang sedang bergerak telah merempuh belakang sebuah lagi lori kontena yang mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kiri. 

"Lori kontena hentam belakang lori kontena rosak, lori yang hentam punya kontena memilih untuk berenang di laut, pemandu cedera tangan saja, ada jururawat kerja Singapura bagi bantuan. 

"Pemandu lori belakang tiada, lorong kiri terhalang, trafik memang sesat teruk. Harap hati-hati semua ada dua ke tiga penunggang motosikal slide jatuh sendiri," info yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Itu Ini. 

Tangkap layar hantaran dari pengguna Facebook.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung punca sebenar kejadian atau sebarang kecederaan yang mungkin berlaku. 

Bagaimanapun, kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan keluar menghala ke Singapura berikutan ramai pengguna berhenti untuk melihat situasi nahas tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram