
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan satu pakej istimewa sebagai tanda penghargaan kepada rakyat, sama ada pada Selasa atau Rabu ini.
Menurut beliau, pengumuman itu memerlukan sedikit masa lagi untuk dimuktamadkan selepas berakhirnya retreat Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.
“Retreat itu memberi tumpuan kepada penerangan dasar-dasar kerajaan dan mendengar keluhan serta keresahan rakyat.
"Justeru, saya mempertimbangkan beberapa perubahan dan pengumuman tertentu bagi meringankan beban tersebut.
“Saya sebut sebelum ini bahawa satu pengumuman akan dibuat dalam tempoh sehari dua (sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya), namun ia memerlukan penelitian yang lebih,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.
Terdahulu, pada 19 Julai, Anwar memberi bayangan bahawa pakej penghargaan tersebut akan melibatkan langkah kerajaan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram