Mengayuh sambil memasak, cef 'modified' basikal jadi dapur dan restoran unik, pusing 1 Denmark


  • Bisnes
  • Isnin, 21 Jul 2025

Pelanggan dapat merasa hidangan yang dimasak secara langsung oleh cef Wulff di atas basikalnya. — Agensi

SEDIKIT janggal apabila dilihat secara mata kasarnya, seorang cef mengagumkan orang ramai apabila mampu menyediakan hidangan menggunakan basikal.

Berasal dari Denmark, Morten Kryger Wulff merupakan cef veteren berprestij di seluruh Eropah.

Ideanya mula tercetus selepas mengetuai lawatan basikal elektrik atau gastronomi lebih dua dekad lalu.

BACA LAGI: Ibu pelik anak tiba-tiba ketawa, hiperaktif lepas makan kari di restoran, kas-kas ke puncanya?

BACA LAGI: Gerak mata, bibir mampu sampaikan mesej jelas, 6 cara untuk faham bahasa tubuh seseorang

Morten Kryger Wulff dikenali sebagai cef basikal di Denmark. — Agensi

Idea tersebut turut menggabungkan elemen restoran mudah alih yang menyajikan hidangan lazat dan di sekitar kaki lima sekitar Denmark.

Antara menu yang dijualnya adalah rumpai laut panggang, krim dill, kacang fricassee, piza Nordic dan ais krim blackcurrent.

"Ini cara paling mudah untuk saya dekat dengan alam semula jadi, daripada segi memasak dengan gaya cef," katanya.

Menurutnya, lawatan basikal elektrik itu juga mengambil masa kira-kira empat jam dan meliputi tiga hingga lima kilometer (km) iaitu sekitar dua hingga tiga batu jauhnya.

Hidangan yang dimasak secara langsung di atas basikal. — Agensi

Tunggangan basikal pula mengambil masa kira-kira 15 minit setiap satu perhentian.

"Cef turun dari basikal dan buka meja lipat dan mula memasak.

"Anda hilangkan dinding restoran tradisional dan anda mendedahkan diri anda kepada bandar dan suasana yang ada," jelasnya.

Dalam basikal kargonya, terdapat alat yang direka sendiri, berukuran lebih dua meter (m) panjangnya dan seberat 130kg.

Wulff juga membawa kesemua peralatan yang diperlukan termasuk peti sejuk, tong gas dan bahan masakannya.

Katanya, Copenhagen, Denmark juga antara laluan popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Danish chef Morten Kryger Wulff cooks on his self-designed kitchen-bike during a stop of agastronomical bike tour on July 2, 2025 in Copenhagen, Denmark. With a long-standing passion for the outdoors, Danish chef Morten Kryger Wulff takes his customers on gastronomical bike ride through the Danish capital. (Photo by Camille BAS-WOHLERT / AFP)

Basikal yang diubah suai dan direka sendiri oleh Wulff. — Agensi

"Sebagai contoh, hidangan dengan ikan, kerang atau rumpai laut biasanya dihidangkan di tepi jalan.

"Udang pula akan ditumis sebelum dihidang tanpa membuang kulitnya.

"Makanan yang kami dapat untuk lawatan ini, sudah tentu, semuanya dibeli daripada pembekal tempatan.

"Basikal, ia kenderaan paling bijak dan pintar. Ia tidak menggunakan sebarang tenaga lain, tetapi hanya gunakan kuasa pedal," katanya.

Pendekatan mudah alih itu sudah cukup memberi makna buatnya ketika menjamu para pelanggan.

Selain digelar sebagai cef basikal, Wulff juga aktif melibatkan diri dalam kejohanan basikal kargo Denmark setiap tahun di Copenhagen. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram