Bukan takat dapat RM4,000 sebulan, penarik beca di Penang miliki waktu lebih fleksibel, lebih masa bersama keluarga


  • Bisnes
  • Ahad, 20 Jul 2025

Penumpang beca dapat menikmati warisan seni mural yang indah di sekitar Pulau Pinang. — The Star

SELAIN Melaka, beca kini menjadi antara tarikan pelancongan di Pulau Pinang.

Rata-rata penumpang tidak melepaskan peluang merakam kenangan mereka apabila melalui laluan yang dipenuhi lukisan mural indah ketika menaiki beca.

Namun, di sebalik kegemerlapan dan suasana ceria yang dibawa oleh kenderaan itu, industri beca ternyata sedang berdepan cabaran ekonomi.

BACA LAGI: Kisah pelanggan jadi pemangkin semangat, MyPetani tawar 10 variasi gubahan buah jadi hadiah istimewa buat insan tersayang

BACA LAGI: Tahu sikap sebenar lepas kahwin, kaunseling bantu pasangan tangani krisis rumah tangga — Polis

Tourist enjoying their trishaw ride at Heritage area in George Town, Penang.( July 12, 2025 ) ¡ª CHAN BOON KAI/The Star

Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan negeri bagi membangunkan kembali industri beca. — The Star

Tenaga kerja yang kebanyakannya tergolong daripada warga emas menjadi antara faktor perdagangan tersebut kini semakin lenyap.

Berdasarkan rekod, hanya kira-kira 90 penarik aktif yang rata-ratanya berusia lebih 50 tahun.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Tony Goh berkata, terdapat keperluan mendesak untuk merombak perdagangan beca agar dapat menarik lebih ramai generasi muda.

"Adalah jelas bahawa kita perlu lakukan sesuatu.

"Keadaan semasa untuk penarik beca adalah jauh dari ideal dan semakin sukar untuk dikekalkan," katanya.

Goh berkata, satu penyelesaian yang mungkin adalah dengan mempertimbangkan permotoran beca.

Beliau berkata, ia akan meringankan beban fizikal penarik terutama apabila melihat ramai yang terpaksa mengayuh berjam-jam untuk mencari rezeki.

Menurutnya, dengan pelesenan yang betul, latihan berstruktur serta sokongan, beca bermotor boleh menjadikan pekerjaan itu kurang membebankan fizikal dan lebih menarik kepada generasi muda.

"Dengan cuaca yang tidak menentu, beca bermotor akan sesuai untuk mereka yang berminat dalam dunia perniagaan.

"Ramai pekerja yang lebih tua tidak lagi mempunyai stamina untuk bersaing, manakala golongan muda pula tidak berminat untuk mengambil alih.

"Ketidakseimbangan ini hanya akan bertambah buruk jika tiada tindakan diambil," jelasnya.

Group of tourists on trishaw tour along Armenian Street during school holidays in George Town, Penang. (September 15, 2024) —ZHAFARAN NASIB/The Star

Beca kini menjadi antara tarikan di sekitar Pulau Pinang. — The Star

Permulaan industri beca Pulau Pinang

Kenderaan beca pertama yang meluncur jalan raya di Pulau Pinang adalah sekitar 1935.

Pada zaman kegemilangan itu, beca juga berfungsi sebagai pengangkutan utama penduduk tempatan dan digunakan setiap hari oleh pelajar sekolah, peniaga, suri rumahd dan buruh.

Dikayuh secara manual, kenderaan beroda tiga itu turut menawarkan perjalanan yang santai, sesuai bagi mereka yang ingin menikmati seni bina dan daya tarikan budaya Pulau Pinang unik.

Kini, beca kekal sebagai ciri istimewa di bandar George Town.

Perjalanan setiap jam biasanya dikenakan dengan harga antara RM50 dan RM70.

Dengan harga tersebut, ia menawarkan pengunjung termasuk pelancong pemandangan nostalgik dan mengasyikkan untuk merasai warisan Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, antara inisiatif yang dijalankan adalah Program Penambahbaikan Imej Penunggang Beca Pulau Pinang yang diterajui oleh George Town World Heritage Incorporated (GTWHI).

Beliau berkata, program yang dilancarkan semasa pandemik Covid-19 pada 2021 itu bertujuan bagi memodenkan persepsi menunggang beca dengan menambah baik kebajikan penunggang dan keadaan kenderaan.

Ia juga merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan imej warisan Pulau Pinang dan menggiatkan semula industri beca, terutama di kawasan tumpuan pelancongan seperti George Town dan Batu Ferringhi.

Beliau berkata sebagai melengkapkan usaha ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut memperkenalkan sistem pelesenan beca dalam talian iaitu menerusi Sistem Pengurusan Lesen (uLesen).

(BRIEF CAPTION): Mohd Ammar Hakimi, 23, showing his online trishaw licensing system, uLesen at Armenian Street in George Town, Penang.( JUNE 17, 2025)¡ªCHAN BOON KAI/The Star

Fariz Ahmad menyifatkan kerjaya sebagai penarik beca lebih fleksibel. — The Star

Melalui permohonan lesen beca dan penarik beca, pihak berkuasa boleh mengumpul data penunggang secara sistematik, memperkemas pengagihan subsidi serta mengawal standard perkhidmatan, memastikan pengalaman yang sah dan selamat untuk pelancong.

Sebagai tambahan kepada inisiatif itu, kerajaan Pulau Pinang terus melaksanakan Program Bantuan Elaun Penunggang Beca untuk meringankan beban kewangan penarik beca.

Sehingga 2025, peruntukan terkumpul untuk program itu melebihi RM1 juta.

Berdasarkan data terkini pada April 2025, seramai 93 penarik beca berdaftar, warga emas dan golongan muda menerima elaun bulanan sebanyak RM200.

Roda belia

Sekumpulan kecil anak muda Malaysia juga kini dilihat semakin menyedari bahawa mereka memainkan peranan penting dalam memperjuangkan industri tersebut.

Seorang penarik beca berusia 27 tahun, Fariz Ahmad Fauzi menyifatkan beca bukan sekadar tunggangan nostalgia bagi pelancong, malah sebagai talian hayat.

"Pekerjaan inilah beri saya masa bersama keluarga. Ia fleksibel.

"Saya bekerja keras, saya dapat lebih banyak. Begitulah keadaannya," katanya.

Bapa kepada seorang anak berusia lapan bulan itu berkata, dia berpengalaman mengayuh beca sepanjang jalan raya di George Town sejak empat tahun lalu.

Berasal dari Bagan Dalam di Seberang Perai, Fariz menceburi bidang perniagaan itu selepas bergelut untuk mengimbangi kehidupan berkeluarga dengan pekerjaan di tempat kerja sebelum ini.

Fariz juga mengakui lebih senang dengan apa yang dilakukannya sekarang dan berharap sektor pelancongan akan lebih meningkat.

Secara purata, Fariz memperoleh antara RM1,800 dan RM2,000 sebulan.

 

(BRIEF CAPTION): Trishaw rider M. Ganapati, 37, wiping the seat while he waiting for customer at Armenian Street in George Town, Penang.( JUNE 17, 2025)¡ªCHAN BOON KAI/The Star

M. Ganapati antara penarik beca di George Town. — The Star

Pendapatannya juga boleh mencecah sekitar RM3,000 hingga RM4,000 pada musim pelancongan.

"Saya berpuas hati dengan kerja ini, saya tidak kaya, tetapi selesa.

"Saya boleh tetapkan waktu saya sendiri dan saya dapat bertemu orang dari seluruh dunia," katanya.

Seorang lagi penarik beca, M. Ganapati, 38, yang dahulunya merupakan penghantar surat di sebuah firma guaman di George Town turut mengakui perkara sama.

Baginya, pekerjaan itu mampu membantunya menyara keluarga termasuk tujuh orang anaknya.

Berasal dari Alor Setar, Kedah, Ganapati kini menetap bersama keluarga di Sungai Pinang.

"Kerja ini bagus, asalkan anda mengikut peraturan dan mempunyai lesen yang sah dengan majlis bandaran," katanya.

Ganapati berkata, pendapatannya boleh mencecah sehingga RM5,000 sebulan ketika musim perayaan dan cuti sekolah.

"Kami bertemu dengan semua jenis gaya pelanggan, peramah dan kelakar.

"Pengalaman ini menjadikan pekerjaan lebih bermakna," jelasnya.

Sementara itu, Mohd Ammar Hakimi, 23, pula beranggapan bahawa dirinya pencetus generasi baharu dalam industri beca.

"Saya sentiasa melihat diri saya sebagai penarik beca generasi baharu yang mengambil alih daripada generasi lama.

"Kita mungkin melakukan perkara secara berbeza, tetapi inti kerjanya tetap sama iaitu menghubungkan orang ramai kepada warisan Pulau Pinang," tambahnya. — The Star/IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram