[VIDEO] Lebih 16 murid parah, van sekolah terbalik langgar ‘manhole’ pepagi buta di JB


  • Tular
  • Jumaat, 18 Jul 2025

Keadaan van sekolah terbalik selepas melanggar lubang manhole dalam kejadian di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru, Johor Bahru pada Jumaat.

SEBUAH van sekolah yang membawa murid-murid sekolah rendah terbalik selepas dipercayai melanggar sebuah lubang utiliti (manhole) yang tidak bertutup di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru, di Johor Bahru, Johor pada Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.45 pagi itu, van berkenaan hilang kawalan sebelum terbalik akibat insiden pelanggaran tersebut.

Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook, Community Roda Johor - CRJ, sekurang-kurangnya 16 murid mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan kecemasan. 

BACA LAGI: [VIDEO] Polis Seremban sahkan 2 beradik ditemukan tepi jalan tinggalkan rumah ketika bapa tidur lena

BACA LAGI: e-Hati: Polis sahkan wujud adegan tanpa seurat benang dalam program motivasi

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada lubang manhole tersebut terbuka akibat kes kecurian kabel atau disebabkan kecuaian pihak kontraktor. 

"Pelajar yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.

"Diharapkan pihak bertanggungjawab dapat menjlankan siasatan lanjut dan tindakan dapat diambil ke atas pihak yang berkenaan," kongsi laman Facebook itu. 

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut meluahkan rasa bimbang dan kecewa dengan tahap keselamatan infrastruktur awam yang boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya, terutamanya pelajar sekolah.

Menjengah ruangan komen, pihak bertanggungjawab digesa untuk segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuai bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram