
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan bahawa Sarawak tidak tertakluk kepada had umur belia 30 tahun ke bawah seperti yang ditetapkan di peringkat persekutuan susulan pertubuhan belia utama negeri itu berdaftar di bawah platform berbeza.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, walaupun kerajaan persekutuan telah menetapkan had umur belia kepada 15 hingga 30 tahun bermula 1 Januari 2026, Sarawak mempunyai hak untuk tidak mengikuti peraturan tersebut.
BACA LAGI: 'Kalau tak cuba, sampai bila tak percaya belia,' mantan Naib Presiden MBM sokong had umur 30 tahun
BACA LAGI: Karnival Belia Madani 2.0 tampil lebih gempak dengan 'food fest', aktiviti menarik
“Di Sarawak, mereka mempunyai pertubuhan sendiri seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), bukan ROY. Jadi, mereka tidak perlu mengikuti had umur 15 hingga 30 tahun yang ditetapkan di bawah ROY.
"Tiada tuduhan bahawa mereka tiada platform untuk berkhidmat Mereka ada platform, tetapi di bawah RoS. Organisasi mereka boleh meneruskan aktiviti seperti biasa tetapi tidak berdaftar di bawah RoY," katanya.
Hannah ditemui ketika ditemui selepas acara Asia Pickleball Summit 2025 (APS25) di sebuah hotel dekat Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Beliau turut menambah bahawa mana-mana pertubuhan di seluruh negara yang tidak mahu terikat dengan had umur belia yang baharu boleh memilih untuk menukar pendaftaran mereka daripada ROY kepada RoS.
Hannah turut menjelaskan bahawa perubahan had umur belia ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menyeragamkan definisi belia selaras dengan trend global yang semakin menekankan penyertaan generasi muda sejak usia awal.
Sebelum ini, beberapa pihak termasuk MBM menyuarakan pandangan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk memuktamadkan had umur pemegang jawatan pertubuhan belia kepada 30 tahun.
"Umur 30 hingga 40 tahun dianggap sebagai ‘senior youth’ atau belia senior. Ini bukan sahaja trend di Malaysia, malah global sudah menyaksikan umur belia semakin muda.
"Kita mahu beri peluang kepada golongan 15 hingga 30 tahun untuk terlibat lebih aktif dalam kepimpinan dan pembangunan negara," ujarnya.
Had umur belia 15 hingga 30 tahun akan mula dikuatkuasakan di bawah ROY bermula 1 Januari 2026, menjadikan peralihan ini sebagai langkah rasmi selepas dua kali penangguhan sejak 2019.
"Kerajaan telah membuat keputusan pada tahun 2019, Parlimen telah meluluskan undang-undang tersebut. Kemudian, kita telah menangguhkan pelaksanaan ini sebanyak dua kali sebelum ini dan ini bermaksud sekarang kita berada dalam tempoh kelonggaran yang ketiga.
"Ini kali ketiga, dan kita juga telah menyediakan peruntukan. Kita telah menyatakan sejak tahun 2023 bahawa pada 1 Januari 2026 kita akan melaksanakan peralihan ini," ujarnya.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Sebelum ini, Sarawak tidak bercadang untuk mengikuti ketetapan had umur yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan kepada 30 tahun berbanding usia 40 tahun yang berkuatkuasa Januari tahun depan.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak mempunyai kuasa untuk menetapkan had umur belia di peringkat negeri.
Katanya, Sarawak memiliki kebebasan untuk menentukan had umur belia mengikut cara dan keperluan negeri sendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram