[VIDEO] Terlalu letih, Tun M mohon maaf terpaksa tinggalkan lebih awal program piknik di Putrajaya sempena hari lahirnya ke-100


  • Massa
  • Isnin, 14 Jul 2025

Tun Mahathir dikhabarkan sudah sihat sepenuhnya selepas dilapor mengalami keletihan ketika menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikhabarkan sudah sihat selepas terlalu letih hingga dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk tujuan pemantauan pada Ahad.

Menerusi video dimuat naik di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu dilihat masih gagah berjalan seperti biasa dan menaiki kenderaan peribadi ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1).

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan program Picnic & Potluck bersama ribuan pengunjung di Putrajaya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tun M dibenar keluar IJN selepas alami keletihan ketika sambut ulang tahun kelahiran ke-100

BACA LAGI: Waspada taktik licik warga asing si tukang rumah 'segera', ugut pelanggan jika lapor polis

"Saya minta maaf kerana tidak dapat terus berada di acara piknik semalam. Saya terlalu letih dan doktor nasihatkan supaya ke hospital. Jadi saya pergi, sekejap sahaja, kemudian balik ke rumah.

"Sekarang saya sudah rasa lebih baik dan kembali kepada rutin harian seperti biasa. Saya harap semua faham dan saya mohon maaf sekali lagi," kata Dr Mahathir dalam klip video pendek tersebut.

Acara bertajuk 'Picnic & Potluck' itu berlangsung di Taman Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana dan diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir yang ke-100 pada 10 Julai serta ulang tahun isteri beliau, Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang ke-99 pada 12 Julai.

Dr Mahathir tiba sendiri ke acara itu sekitar pukul 7.45 pagi dan turut menyertai aktiviti berbasikal berdua (tandem bicycle) sejauh kira-kira sembilan kilometer.

Bagaimanapun, selepas tamat kayuhan, beliau kelihatan keletihan dan berehat seketika sebelum menuju ke kawasan sarapan.

Beliau meninggalkan majlis sekitar pukul 10 pagi sebelum sempat beramah mesra dan bergambar dengan para tetamu yang hadir. — The Star/SANDRA SOKIAL 

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram