McDonalds gamatkan Bukit Bintang, lancar Fan Fries Meal XXL hanya RM10


  • Bisnes
  • Sabtu, 12 Jul 2025

McDonald's Malaysia menyambut Hari Kentang Goreng Antarabangsa dengan paparan digital berskala besar yang mewarnai kawasan Segitiga Emas ibu negara pada  Khamis.

SUASANA di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur berubah meriah apabila McDonald’s Malaysia menyambut Hari Kentang Goreng Antarabangsa dengan paparan digital berskala besar yang mewarnai kawasan Segitiga Emas ibu negara pada  Khamis.

Mulai pukul 8.30 malam, papan iklan digital utama (DOOH) di lokasi tumpuan pelancong itu memaparkan visual ikonik kentang goreng McDonald’s dalam tona keemasan yang memukau perhatian orang ramai.

Kesemua paparan visual itu diselaraskan untuk memperkenalkan menu edisi khas Fan Fries Meal yang dipaparkan pada papan iklan utama di atas restoran McDonald’s Bukit Bintang.

BACA LAGI : Didakwa anjur sesi motivasi songsang di Shah Alam, Jakim siasat terperinci program eHATI

BACA LAGI : Buluh jadi penghadang jalan: Mudah cuma kurang praktikal — Pakar

Menu tersebut menawarkan kentang goreng bersaiz XXL bersama minuman dan snek sampingan pada harga RM10 untuk masa terhad, iaitu bermula 11 hingga 13 Julai ini, di semua cawangan McDonald’s kecuali lokasi penghantaran dan pasaran khas.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee, ciptaan menu khas itu lahir daripada minat mendalam rakyat Malaysia terhadap kentang goreng McDonald’s.

"Kami tahu pelanggan sentiasa mahu lebih banyak kentang goreng, jadi menu ini direka khusus untuk memenuhi selera mereka," katanya dalam kenyataan.

Menu edisi khas Fan Fries Meal McDonald’s

Sambutan tahun ini merupakan kesinambungan kempen kreatif tahunan McDonald’s. 

Pada 2022, McDonald’s memperkenalkan lintasan pejalan kaki bertemakan kentang goreng di Bukit Bintang dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Manakala pada 2023 pula, jenama itu mencuri perhatian menerusi projek Icon Meets Icon dengan unjuran visual kentang goreng gergasi pada struktur Menara Kuala Lumpur.

Mei Lee berkata, McDonald’s bukan sekadar menjual makanan, tetapi juga mahu mencipta momen bermakna untuk dikongsi bersama pelanggan.

"Daripada visual yang mengagumkan hinggalah hidangan penuh nostalgia, semuanya bertujuan mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara kami dan pelanggan," ujarnya.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar Bukit Bintang itu turut dilihat berhenti dan mengambil gambar paparan visual menarik itu, mencetuskan suasana meriah serta menambahkan lagi tarikan pelancongan malam Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram