[VIDEO] Penumpang hempas pintu ditegur gara-gara lebih kapasiti, sampai lupa adab dan undang-undang naik e-hailing


  • Tular
  • Isnin, 07 Jul 2025

Seorang wanita tidak berpuas hati dengan seorang pemandu e-hailing selepas pemandu tersebut enggan membawa penumpang melebihi kapasiti. — Gambar Hiasan/Janaan Ai

ADAB merupakan salah satu perkara penting untuk mengukur keperibadian seseorang dengan ia juga merupakan indikator untuk mendidik anak-anak menjadi manusia lebih baik di kemudian hari.

Satu insiden tular di media sosial memaparkan sebuah keluarga melemparkan kemarahan mereka selepas ditegur oleh pemandu e-hailing gara-gara membawa penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan dalam kenderaan tersebut.

Kejadian yang tidak pasti lokasinya itu menunjukkan pemandu e-hailing tersebut mendapati jumlah penumpang dalam kenderaannya melebihi bilangan ditetapkan oleh aplikasi.

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas Senawang: Pemandu Proton Satria direman, negatif dadah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan wanita cantik didakwa curi telefon di Cheras

Dalam video yang tular itu, pemandu berkenaan dengan tegas menasihati keluarga tersebut supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak e-hailing demi keselamatan bersama.

"Sudah lebih lima orang. Budak pun tidak boleh, ini sudah melebihi. Awak batalkan dan order yang enam penumpang. Pemain lain tidak apa. Saya tidak boleh. Ini bukan duit punya pasal, ini pasal peraturan. Maaf," katanya.

Pemandu tersebut turut menegaskan bahawa walaupun terdapat kanak-kanak di dalam kenderaan, mereka tidak boleh dipangku dalam perjalanan dan setiap orang perlu duduk di tempat duduk yang disediakan.

Tidak boleh menerima teguran pemandu tersebut, seorang wanita daripada keluarga itu bertindak untuk mempersoalkan lelaki berkenaan dan akhirnya menghempas pintu kereta sebelum berlalu pergi.

"Dekat apps kan dah bagitau empat orang naik lah empat orang. Jangan kedekut duit sampai nak naik lima orang. Kalau ramai sila ambil enam penumpang kan senang. Tolong ikut peraturan, nanti kena saman RM300 susah.

"Walaupun budak-budak tak boleh pangku. Satu kerusi satu orang. Anda naik e-hailing bukan kereta persendirian. Tahu lah marah, jangan hempas pintu. Ini kereta orang lain bukan kereta anda. Sekiam, terima kasih," kata pengguna akaun Threads, iamromyirwanshah9977.

Selain menyokong teguran dibuat pemandu, sikap orang dewasa dalam video berkenaan menjadi perbincangan warganet susulan mereka membawa tiga orang kanak-kanak yang melihat kelakuan mereka terhadap pemandu terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram