[VIDEO] Cedera parah di kepala, lelaki maut ditendang lembu di Kerling


  • Kes
  • Ahad, 06 Jul 2025

Tangkap layar seorang lelaki maut dipercayai ditendang seekor lembu sebelum tercampak ke dalam sungai di Ladang Batu 2, Kerling pada Sabtu.

SEORANG lelaki maut dipercayai ditendang seekor lembu sebelum tercampak ke dalam sungai di Ladang Batu 2, Kerling, Hulu Selangor, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, seorang pekerja ladang menemui mangsa berusia 53 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.55 pagi pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas Senawang: Pemandu Proton Satria direman, negatif dadah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan wanita cantik didakwa curi telefon di Cheras

“Mangsa mengalami luka yang jelas kelihatan di dahi.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan tetapi telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” katanya ketika dihubungi pada Ahad (6 Julai).

Ibrahim berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan otak traumatik teruk. 

“Siasatan mendapati mangsa telah disepak oleh seekor lembu, menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian tertentu,” tambahnya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram