
SEBUAH video tular di media sosial sejak Selasa memaparkan momen mencipta memori sekeluarga bertukar detik trauma apabila hampir maut dipanah petir ketika sedang berkelah di sebuah kawasan pantai.
Insiden berbahaya berkenaan berlaku ketika hujan lebat disertai guruh petir, dan keluarga tersebut dilihat berteduh di bawah sebatang pokok besar berhampiran pantai perkelahan mereka.
Dalam rakaman berdurasi 26 saat yang dimuat naik ke platform Facebook oleh pengguna akaun bernama Mohd Amirul. Lelaki tersebut merakam kejadian berkenaan sambil memuat naik kapsyen 'jantung hilang entah ke mana waktu ini'.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan wanita cantik didakwa curi telefon di Cheras
BACA LAGI: Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara ke-15
Sebelumnya, keluarga berkenaan seolah-olah sedang memasang khemah di kawasan berhampiran pokok untuk berteduh dari hujan lebat sebelum kelihatan panahan petir berlaku hanya beberapa meter dari tempat keluarga itu berteduh.
Kejadian itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa syukur kerana mereka menduga tiada kehilangan nyawa berlaku namun pada masa sama menegur tindakan berisiko keluarga berkenaan.
“Sangat bahaya berteduh bawah pokok masa hujan. Pokok boleh tarik arus petir sebab tinggi dan lembap,” tulis seorang pengguna Facebook, Muzakkir Mansor.
“Jangan main-main dengan cuaca buruk, nyawa boleh melayang. Kalau nampak guruh dan kilat, terus cari tempat berteduh yang selamat seperti dalam kenderaan atau bangunan,” kata seorang lagi pengguna, Omar Isa.
Tangkap layar hantaran dari Mohd Amirul.
Ada juga warganet berkongsi info keselamatan, mengingatkan bahawa tempat lapang seperti pantai, padang dan kawasan lapang terbuka adalah kawasan berisiko tinggi ketika berlaku ribut petir.
Insiden itu diharap menjadi peringatan kepada orang ramai agar lebih berwaspada dengan keadaan cuaca, terutama ketika berada di luar rumah.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak perkembangan terkini dilaporkan mengenai kejadian berkenaan mahupun tempat insiden tersebut berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram