Remaja OKU dituduh bunuh warga emas guna cota tepi kedai runcit di Tanah Merah


  • Kes
  • Selasa, 01 Jul 2025

Seorang remaja OKU intelektual (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan pada Selasa atas pertuduhan membunuh warga emas di Kampung Buluh pada 19 Jun lalu.

SEORANG remaja orang kurang upaya (OKU) intelektual didakwa di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan pada Selasa atas pertuduhan membunuh warga emas di Kampung Buluh, pada 19 Jun lalu.

Bagaimanapun,  tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap tertuduh yang berusia 18 tahun dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh Shamsudin Mohamed, 60, di tepi kedai runcit di Kampung Buluh,  Gual Ipoh dekat Tanah Merah antara pukul 6 hingga 6.30 petang pada 19 Jun lalu.

BACA LAGI : Hanya kerana tegur ekzos bising, lelaki didakwa maut dipukul remaja baran di Tanah Merah

BACA LAGI : [VIDEO] Polis kesan wanita cantik didakwa curi telefon di Cheras

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau tidak lebih 40 tahun serta tidak kurang 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes, laporan kimia dan perubatan.

Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas maut dipercayai selepas dipukul dengan sebatang besi cota di Kampung Buluh.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa cedera parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi selepas rebah dipukul, dipercayai oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram