Ratu Trek Paralimpik Malaysia sertai lebih 3,000 peserta meriahkan acara Neon Run 2025


  • Massa
  • Sabtu, 21 Jun 2025

Sebahagian peserta yang menyertai acara Neon Run 2025.

LEBIH 3,000 peserta memeriahkan lagi Neon Run 2025 sempena Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas peringkat Negeri Johor, baru-baru ini.

Program anjuran Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Petron Southern, Toppen dan Decathlon Tebrau menghimpunkan pelbagai peringkat masyarakat tanpa mengira usia termasuk warga emas, belia, kanak-kanak, barisan pendidik, komuniti dan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Tuan Aznan Tamin menyatakan acara ini menjadi bukti bahawa Johor terus utuh sebagai negeri yang inklusif, progresif dan bersatu dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan.

BACA LAGI: Tumbangkan lawan kurang 3 minit, adik Jojo jadi harapan Sarawak ikut jejak abang rangkul emas SUKMA

BACA LAGI: [VIDEO] Insiden 'eye poke' petarung Amerika cetus persoalan, Johan Ghazali tenang tak nak bagi alasan

Peserta menjalankan aktiviti senamrobik sebelum memulakan larian.

“Acara ini dianjurkan sebagai bentuk sokongan moral kepada MBPK untuk terus menunjukkan potensi dan mampu bersaing sihat dengan masyarakat serta membuka ruang pelbagai pihak untuk melestarikan budaya cemerlang dalam pendidikan khas negeri Johor”, katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad, Senior Assistant Commissioner Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Chua Yong Huat dan Ratu Trek Paralimpik Negara, Siti Nor Iasah Ariffin yang bersama membuat pelepasan peserta acara larian.

Sehubungan itu, Karnival Bakat Sukan dan Permainan merupakan sebahagian inisiatif Bahagian Pendidikan Khas untuk mencari bakat sukan dalam kalangan MBPK kategori masalah pembelajaran, ketidakupayaan pendengaran, penglihatan serta fizikal.

Antara acara yang dipertandingkan adalah futsal, badminton, tenpin boling, stacking, catur, ping-pong dan boccia. Karnival ini sebagai bentuk menonjolkan kebolehpasaran MBPK di pentas arena sukan dan menyokong penumbuhan atlet para yang mampu menaikkan lagi nama negara di pentas dunia.

Johor akan menjadi tuan rumah Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2025 dijadualkan berlangsung pada September ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram