[VIDEO] ‘Macam orang gila’, pemandu bas himpit kenderaan lain, tunjuk isyarat lucah di lebuh raya


  • Tular
  • Khamis, 12 Jun 2025

Tangkap layar sebuah bas dipandu dalam keadaan berbahaya di sebuah lebuh raya baru-baru ini.

AKSI berbahaya seorang pemandu bas ekspres yang dirakam memandu secara melulu kini tular di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan warganet yang bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya.

Rakaman video itu tirit dimuat naik di laman media sosial Instagram mynewshub sehingga mengundang kecaman daripada warga maya.

Rakaman video berdurasi lebih seminit itu memaparkan pemandu bas berkenaan memecut laju di lorong kanan dan menghimpit beberapa kenderaan lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori maut tersepit, nahas 3 kenderaan berat di Lebuhraya Utara-Selatan

BACA LAGI: Mulut berbau bukan biasa-biasa, petanda masalah dalaman — Pakar

"Bawak laju macam orang gila. Himpit kenderaan lain  dan tunjuk jari tengah. Nama syarikat jelas, nomnor pendaftaran jelas.

"Lagi spesis pemandu bas memandu secara merbahaya. Bas yang sama pula itu," tulisnya. 

Pemandu bas terbabit bukan sahaja memandu laju melebihi had yang dibenarkan, malah secara agresif memotong kenderaan lain tanpa memberi isyarat, sebelum dilihat menunjukkan jari tengah ke arah sebuah kenderaan lain.

 

 

 

 

Lebih membimbangkan, insiden itu dipercayai berlaku di lebuh raya utama yang sibuk dengan kenderaan.

Apa yang menimbulkan kemarahan ramai ialah nombor pendaftaran dan nama syarikat bas tersebut jelas kelihatan dalam video, sekali gus memudahkan pengecaman.

Malah, beberapa pengguna media sosial mendakwa ini bukan kali pertama bas yang sama terlibat dalam pemanduan berisiko.

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata warga maya menggesa pihak berkuasa serta syarikat pengendali bas mengambil tindakan segera terhadap pemandu terbabit.

Ada juga yang mempersoalkan prosedur pemantauan pemandu syarikat tersebut dan tahap kesedaran mereka terhadap tanggungjawab membawa penumpang.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat terbabit atau pihak berkuasa berkaitan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram