
DATUK Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika ini berada di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Selasa.
Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri memaklumkan baginda berasa keletihan dan mengambil keputusan untuk berehat di sana.
"Beliau berasa penat dan mahu berehat di IJN," katanya ringkas menjawab soalan media pada sidang media penutupan Sidang Kemuncak Asean ke-46 pada Selasa.
BACA LAGI : Guru wanita disyaki skandal suami orang dikenali ‘CCTV & Wiring’ di Ayer Keroh sah direhatkan tugas
Terdahulu media bertanyakan keberadaan baginda yang tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China petang Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram