'Bahagia cara kita', pasangan pengantin rai hari istimewa cara paling 'simple'


  • Tular
  • Rabu, 28 Mei 2025

Tangkap layar sepasang pengantin muda yang kini tular selepas memilih untuk melangsungkan pernikahan mereka dengan cara paling sederhana.

TAK perlu majlis bertaraf lima bintang, pelamin bertingkat atau busana pereka ternama untuk meraikan hari bahagia.

Itu yang dibuktikan oleh sepasang pengantin muda yang kini tular selepas memilih untuk melangsungkan pernikahan mereka dengan cara paling sederhana, tetapi cukup menyentuh hati.

Majlis pernikahan pasangan yang hanya dikenali sebagai Wan dan Su itu berlangsung di sebuah masjid dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.

BACA LAGI: 'Itu ayah saya, bukan bahan lawak', hati anak terluka gambar sedih bapa jadi 'sticker' WhatsApp, difitnah kahwin lain

BACA LAGI: [VIDEO] Team Malaysia unggul di pentas dunia, Gombak Culture Group menang besar di Itali

Difahamkan, majlis akad nikah itu berlangsung pada 17 Mei lalu di sebuah lokasi yang yang tidak dinyatakan.

Hari bahagia tersebut turut dimuat naik pengantin lelaki, Wan di laman TikTok miliknya, Cengkodoq pada Selasa.

"Terima kasih isteri memudahkan semuanya. Buat akad nikah selepas itu pergi makan dengan keluarga. Tiada sanding dan majlis pun.

"Bahagia cara kita, terima kasih terima kurang, lebih dan senang saya," tulisnya.

 

 

 

 

Apa yang membuatkan ramai tersentuh, pasangan itu tampil serba sederhana dengan kedua-dua mempelai mengenakan busana warna merah jambu.

Lebih menarik, usai akad nikah, kedua-dua keluarga pasangan pengantin dilihat menjamu selera di sebuah restoran.

Warganet membanjiri ruangan komen dengan pujian dan rasa kagum terhadap pendekatan pasangan berkenaan.

Rata-rata menyifatkan majlis tersebut sebagai contoh terbaik untuk generasi muda yang mahu berkahwin tanpa beban hutang.

"Macam ni la sepatutnya. Kahwin itu ibadah, bukan pertandingan siapa paling grand (mewah)," tulis @Aadam Ismail.

Sementara itu, @flowers.love.sky pula meninggalkan komen meminta pengantin lelaki menghargai isterinya.

"Tolong eh, kalau perempuan boleh terima kau sampai tahap macam ini minta tolong kau jangan buat perangai sahaja sebab tak semua perempuan boleh terima majlis seperti ini," tulisnya.

Dalam dunia serba materialistik hari ini, kisah pasangan Wan dan Su hadir bagaikan satu tamparan yang mengingatkan semua bahawa yang penting bukan kemewahan, tapi keikhlasan dan keberkatan yang patut dicari.

Pasangan itu juga membuktikan bahawa kebahagiaan tidak perlu dinilai dari nilai wang ringgit, tetapi dari kejujuran, kesederhanaan dan sokongan orang sekeliling. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram