Hanya jumpa skuter elektrik dan beg bekal, ibu rayu bantu jejak anak gadis OKU hilang di Puncak Alam


  • Tular
  • Selasa, 27 Mei 2025

Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar bekerja sejak Isnin.

SEORANG wanita memohon kerjasama orang ramai untuk menjejaki anak perempuannya yang hilang selepas keluar bekerja di Puncak Alam, Selangor pada Isnin.

Menerusi perkongsian dimuat naik di akaun Facebooknya Miraa Syamira pada Selasa, anak gadisnya itu juga merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU).

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal ketika cari rezeki, lelaki maut dihempap buah sawit di Ijok

BACA LAGI: [VIDEO] Tetap ceria walaupun penat, PM Anwar sempat hiburkan pengamal media China ketika Sidang Kemuncak Asean

 

"Anak saya hilang 24 jam sewaktu keluar bekerja dan hanya jumpa skuter elektrik dan beg bekal makanan di lokasi berdekatan dia bekerja.

"Saya risau keselamatan dia, jika dia bersama sesiapa tolong pulangkannya pada saya dalam keadaan baik," tulisnya.

Katanya, laporan polis juga sudah dilakukan untuk mencari anaknya yang masih belum pulang ke rumah.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kehilangan itu.

Majoriti juga sedang berusaha mendapatkan maklumat tambahan daripada ibu mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram