
MESKIPUN perlu memikul tanggungjawab besar terhadap rakyat dan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tetap tenang dalam apa jua situasi.
Karakternya yang mesra juga menjadi topik perbualan ramai menerusi video dikongsikan oleh pengguna akaun X @nadiazmn_ pada Isnin.
Video tersebut memaparkan gelagat Anwar ketika menunggu para pemimpin Asia Tenggara pada majlis Sidang Kemuncak Asean ke-46 di Kuala Lumpur.
BACA LAGI:Kereta rempuh puluhan penyokong Liverpool ketika perarakan trofi, Mo Salah kena kecam teruk
Bila tuan rumah tunggu guest 15 minit tak sampai2 lagi , aku tak faham apa PMX cuba lakukan tadipic.twitter.com/YprDxeIeed
— Nadia(@nadiazmn_) May 26, 2025
Dalam video sama, kelihatan Anwar sedang beramah mesra bersama beberapa pengamal media dari China.
"PM bekerja tanpa henti dari pagi hingga malam, pertemuan demi pertemuan, ucapan demi ucapan.
"Saya dapat lihat betapa letihnya beliau, tetapi tetap melakukan tugas dengan baik sebagai wakil Malaysia.
"Ketika ini, beliau sedang bergurau dan menyapa pengamal media dari China sambil menunggu pemimpin Asia Tenggara.
"Tidak pasti sama ada pemimpin negara lain boleh melakukan perkara sama kepada pengamal media Malaysia, beliau VVIP yang mesra," tulisnya.
Dalam pada itu, Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) China yang berlangsung pada Selasa mencerminkan kejayaan Malaysia dalam membentuk semula corak kerjasama dengan realiti dunia multipakar.
Sidang itu juga akan menyaksikan tumpuan utama bagi membincangkan langkah konkrit untuk meluaskan lagi kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan.
Pada hari sama, turut berlangsung Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-16 dan Sidang Kemuncak Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram