[VIDEO] Rasionalisasi subsidi RON95 dilaksana separuh kedua 2025


  • Massa
  • Isnin, 26 Mei 2025

Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025. — Gambar Hiasan

PELAN pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan (MoF) akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat.

"MoF akan terus dalam proses untuk pelaksanaan rationalisasi subsidi, tetapi buat masa sekarang, yang pentingnya kita harus memastikan tahap mereka yang akan mendapat sokongan subsidi.

BACA LAGI : [VIDEO] Siling pawagam runtuh, wanita nyaris maut tonton filem Final Destination

BACA LAGI : Selepas 2 jam ambulans tak muncul, penduduk Puncak Alam nekad hantar mangsa kemalangan ke hospital, 'seru' ahli parlimen segera bertindak

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kabinet berbincang mengenai pengecualian rakyat Malaysia yang mana akan layak untuk dapat subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2025 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di Kuala Lumpur pada Isnin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram