
POLIS menahan seorang lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spadi Beris Kubur Besar dekat Bachok, Kelantan Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suspek ditahan pukul 4 petang Khamis di sebuah kilang getah di Kuala Krai.
Beliau berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
BACA LAGI : Wanita kerja kilang getah ditahan, bantu siasatan kes simbah asid pemilik spa di Bachok
BACA LAGI : Pekerja spa cedera disimbah asid lelaki tidak dikenali di Bachok
"Polis akan memohon perintah reman suspek pada pada Jumaat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya pada Jumaat.
Jelas beliau lagi, perintah tahanan reman sehingga 30 Mei itu dikeluarkan Majistret Tuan Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret Bachok.
"Suspek berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Suspek (kiri) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes simbah asid sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada pemilik spa di Beris Kubur Besar .
Pada Khamis, media melaporkan seorang suspek wanita turut ditahan di sebuah kilang yang sama kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata, wanita berusia 38 tahun itu ditahan pada 4 petang pada Rabu.
Pada Sabtu lepas, Nor Faziera Muda disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang dekat Bachok.
Akibat serangan itu, mangsa melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki, bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram