Elak kes kanak-kanak tertinggal dalam kenderaan, van sekolah Johor pasang sistem penggera


  • Massa
  • Khamis, 22 Mei 2025

SISTEM tersebut akan mengesan kehadiran penumpang dan mengeluarkan bunyi atau notifikasi sekiranya terdapat individu tertinggal di dalam kenderaan. — Gambar hiasan

BEBERAPA van sekolah di Johor kini dilengkapi dengan sistem penggera bagi memberi amaran kepada pemandu atau pengiring sekiranya terdapat kanak-kanak yang tertinggal di dalam kenderaan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sistem tersebut akan mengesan kehadiran penumpang dan mengeluarkan bunyi atau notifikasi sekiranya terdapat individu tertinggal di dalam kenderaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Wong Bor Yang (Senai-PH) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor pada Khamis. 

Pada 30 April lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di dalam dalam sebuah van sekolah di luar sebuah tadika di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.

Dia dipercayai ditinggalkan selepas pemandu van berusia 56 tahun menurunkan pelajar lain kira-kira pukul 7.30 pagi.

Mangsa ditemui sekitar tengah hari dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Pemandu van itu kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Mei atas tuduhan cuai yang didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak malang terbabit.

State education and information committee chairman Aznan Tamin said the Johor Public Library Corporation has organised about 100 educational activities last year, and he has challenged them to do even more in 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin.

Memetik laporan The Star, Aznan berkata, susulan kejadian itu, Kkerajaan Johor turut memperkenalkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak tragedi terbabit berulang.

Beliau berkata, garis panduan berkenaan dihasilkan menerusi kerjasama antara Jabatan Pendidikan negeri dan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

“SOP itu meliputi bidang seperti pengurusan pemandu bas dan van sekolah; lesen kenderaan, pemeriksaan dan penyelenggaraan; pemantauan keselamatan kanak-kanak; pemantauan kehadiran kanak-kanak; dan apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan.

“Ini termasuk mewajibkan van sekolah yang membawa lebih 10 kanak-kanak untuk mempunyai pembantu, yang akan bertanggungjawab memastikan kanak-kanak terabit selamat keluar masuk dari kenderaan.

“SOP lain termasuk mewajibkan pemandu bas dan van sekolah berlesen menjalani latihan khas mengenai keselamatan kanak-kanak, keselamatan jalan raya dan prosedur bantuan kecemasan, serta menjalani penilaian mental dan fizikal,” katanya.

Aznan menambah SOP terbabit telah dilaksanakan, dan penguatkuasaan akan dijalankan dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram