[VIDEO] Pemandu Axia merah bawa barang lebih muatan di Sepang mengaku ada masalah kesihatan


  • Kes
  • Selasa, 20 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan pemandu tular yang membawa muatan berlebihan.

PEMANDU kereta jenis Perodua Axia merah yang tular membawa muatan berlebihan di jalan Dengkil-Banting, Sepang, Selangor sudah dikenal pasti oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya berhasil mengesan pemandu terbabit pada hari yang sama.

Norhizam berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan yang juga warga tempatan berusia 59 tahun itu mempunyai lesen memandu yang sah manakala kenderaan terbabit juga mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.

BACA LAGI: [VIDEO] Palang lintasan kereta api terbuka tanpa pengawal cetus kebimbangan penduduk Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mungkin anak istimewa', pemandu cemas lelaki lari tengah jalan, buat ‘stunt’ mengejut panjat kereta di Kedah

 

 

 

 

 

 

"Siasatan turut mendapati pemandu berkenaan pernah terbabit kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu hingga menyebabkan dia mengalami masalah di bahagian kepala. Alasan diberikan (dia) tidak berapa sihat (berhubung kejadian)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, lelaki berkenaan sudah dijamin oleh keluarganya dan kereta berkenaan ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial sejak Selasa yang memaparkan kereta yang dipandu membawa muatan berlebihan seperti sampah, bakul, rangka katil dan beberapa barangan lain yang turut diikat di atas bumbung kereta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram