
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperkenalkan kad Lesen Memandu Malaysia (LLM) baharu dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, versi baharu kad LMM itu akan diedarkan secara berperingkat di seluruh negara mulai Rabu.
Beliau bagaimanapun berkata, cetakan fizikal kad LMM baharu itu terhad kepada dua kategori iaitu warganegara Malaysia yang melancong ke luar negara dan bukan warganegara sahaja.
BACA LAGI: [VIDEO] Lori muatan kayu balak hilang kawalan, rempuh gerai depan sekolah di Jerteh
"Reka bentuk LMM terbaharu ini mampu mencegah ubah suai dan pemalsuan kad dan ia direka untuk bertahan sehingga 10 tahun.
"Dari segi reka bentuk, hadapan kad baharu itu memaparkan imej latar belakang bangunan Sultan Abdul Samad berserta motif gelombang abstrak, manakala belakangnya mempamerkan Istana Negara dan motif bunga abstrak," katanya.
Beliau berkata, pengeluaran kad itu juga dilakukan secara progresif di pejabat JPJ terpilih bagi membolehkan peralihan yang lancar daripada versi sebelumnya.
Katanya, orang ramai yang mahu memperbaharui lesen biasa boleh melakukannya melalui aplikasi MyJPJ dan hanya dapat versi digital.
"Jika anda memperbaharui seperti biasa, anda akan dapat lesen digital melalui MyJPJ.
"Tetapi jika pemohon pergi ke luar negara, mereka boleh meminta versi fizikal lesen memandu.
"Kita tahu tidak semua negara menerima lesen digital kecuali Singapura, tetapi ada negara lain yang tidak menerimanya.
"JAdi, pelancong perlu bawa lesen fizikal bersama Permit Memandu Antarabangsa (IDP), yang boleh dipohon di JPJ," jelasnya. — The Star/ MOHD FARHAAN SHAH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram