
DI saat insiden melibatkan kenderaan berat yang semakin membimbangkan pengguna jalan raya, pendekatan syarikat minyak dan gas negara, Petronas dalam menguruskan pemandu lori mereka wajar dijadikan contoh semua pihak.
Berdasarkan perkongsian dimuat naik di Facebook Zam Sani baru-baru ini, terdapat beberapa langkah diambil pihak Petronas yang boleh diikut syarikat kenderaan berat lain.
Menurutnya, lori tangki minyak Petronas diuruskan dengan berhemah dan tidak terburu-buru di jalan raya.
BACA LAGI: Malang tak berbau, ibu bapa patut lebih peka elak insiden muka budak tercucuk lidi ayam berulang
BACA LAGI: Pekerja spa cedera disimbah asid lelaki tidak dikenali di Bachok
Pengurusan yang sistematik dapat mengurangkan dan mengelakkan insiden ngeri melibatkan pemandu lori. — Gambar hiasan
"Pemandu mereka santai bawa 80 kilomter perjam (km/j) dan jarang sangat dengar kes kemalangan.
"Kerana mereka memang dilatih dan ada sistem dikawal ketat seperti pedal minyak ada had dan memang tak boleh tekan lebih 80 km/j.
"Ada kamera rakam dalam dan luar. Kalau bawa ganas, terus dilaporkan," tulisnya.
Katanya, pemandu juga dilatih untuk menguruskan bahan mudah terbakar dan mereka tidak dibayar mengikut perjalanan.
Maka, tiada istilah mengejar masa untuk tiba di destinasi dengan cepat.
"Setiap lori kena periksa dahlu sebelum gerak. Kalau tak lepas, kena tahan.
"Setiap pemandu ada sistem, ikut Standard Operating Procedure (SOP) dapat markah, langgar SOP kena tolak.
"Pendek kata, semuanya tersusun dan disiplin. Sebab itu jalan tenang dan minyak sampai selamat," tambahnya.
Justeru, insiden ngeri melibatkan pemandu lori di Malaysia mungkin dapat dikurangkan sekiranya SOP sama dapat diterapkan kepada pengendali atau syarikat kenderaan berat yang lain.
Rata-rata warganet juga bersetuju dan menyokong usaha tesebut diperkasakan di seluruh syarikat.
"Saya memang sokong Petronas dan sumbangan kecil saya sentiasa isi minyak mereka.
"Saya nampak Petronas macam Perodua, building cars, people first.
"Betapa pentingnya manusia sehingga dia letak pertama. People itu terdiri daripada pekerja sehingga pelanggan.
"Sistem yang bagus memudahkan pekerja, dilindungi dari sudut keselamatan dan faedah," komen Asfaizal Asbar.
"Kita boleh kurangkan kadar kemalangan maut yang melibatkan kenderaan besar ini jika ada langkah pencegahan sistematik," tambah Abg Zam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram