[VIDEO] Palang lintasan kereta api terbuka tanpa pengawal cetus kebimbangan penduduk Sabah


  • Tular
  • Selasa, 20 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan palang lintasan kenderana yang terbuka ketika kereta api sedang bergerak.

MASALAH teknikal di lintasan keretapi di Sabah pada Selasa mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. 

Menerusi video dimuat naik pengguna Facebook Noraini Salaman, masalah tersebut melibatkan palang lintasan kenderaan di landasan kereta api yang terbuka.

Lebih merisaukan mereka apabila palang itu terbuka ketika kereta api sedang bergerak tanpa sebarang pengawasan daripada pengawal keselamatan. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mungkin anak istimewa', pemandu cemas lelaki lari tengah jalan, buat ‘stunt’ mengejut panjat kereta di Kedah

BACA LAGI: Norjuma mengaku cederakan wanita, didenda RM1,000 dengan alasan sambung belajar sambil tanggung bapa

 

Situasi itu secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan pengguna kerana menganggap selamat untuk melintas.

"Kalau apalang ada masalah teknikal, tak bolehkah pengawal keluar untuk memberhentikan kenderaan yang melintas di landasan itu.

"Jangan pertaruhkan nyawa pengguna dan jangan sampai ada kejadian tidak diingini berlaku," tulisnya. 

Pengguna terbabit turut menggesa pihak bewajib untuk bertanggungjawab terhadap masalah itu.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mahu pun Jabatan Keretapi Negeri Sabah berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram