
SEORANG pemandu berdepan detik cemas selepas keretanya dipanjat pemuda yang berlari secara melulu di tengah jalan raya.
Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) dikongsinya di aplikasi Thread @aemishukri, kejadian berlaku di Sungai Petani, Kedah pada Februari 2021.
Meskipun ia bukan kejadian baharu, namun situasi itu masih tidak dapat dilupakannya.
BACA LAGI: Norjuma mengaku cederakan wanita, didenda RM1,000 dengan alasan sambung belajar sambil tanggung bapa
Dalam video tersebut, lelaki itu dikatakan dalam lingkungan usia 20-an itu dilihat keluar dari sebuah kereta Perodua Kancil lalu berlari ke tengah jalan.
Dia kemudiannya menghampiri kereta pemilik dashcam sebelum memanjat bumbung kenderaan terbabit dan berlalu pergi.
Namun, beberapa saat kemudian, lelaki berkenaan turut dilihat menghampiri beberapa kereta lain di belakang sambil cuba membuka pintu kenderaan berkenaan.
"Kejadian ini berlaku pada sebelah petang waktu suami balik kerja. Tiba-tiba ada remaja lelaki lari dan buat stunt naik atas kereta.
"Nasib baik bawa perlahan sebab masuk kawasan taman perumahan," tulisnya.
Menurutnya, seorang lelaki warga emas dilihat keluar dari kereta Kancil yang sama dan cuba mengejar remaja berkenaan ketika kejadian.
Situasi itu sekali gus mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengesyaki bahawa remaja lelaki tersebut berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan.
"Rasanya dia mungkin ada masalah atau autisme sebab nampak macam pemandu Kancil itu bapanya," komen @emmagraphy_.
"Mungkin anak istimewa," tambah pengguna Facebook Nurul Aida.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram