
TINDAKAN seorang pemandu Nissan Navara yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan melibatkan sepasang suami isteri di Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE) berhampiran Plaza Tol Duta membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.
Tertuduh, K. Darmaraju, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kecederaan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan, iaitu pada 11 Mei lalu.
BACA LAGI : [VIDEO] 'Mak Su di ICU', netizen buat 'kerja' kesan pemilik pikap langgar lari suami isteri di NKVE, siap tutup akaun Facebook
BACA LAGI : [VIDEO] Suami isteri parah dirempuh pikap langgar lari di NKVE
Sepasang suami isteri parah selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian langgar lari di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Sabtu. pic.twitter.com/XzqdnzERnb
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 10, 2025
Sebelum ini, media melaporkan bahawa sepasang suami isteri mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang berhampiran Plaza Tol Duta.
Dalam kejadian tersebut, mangsa lelaki berusia 53 tahun mengalami retak pada tulang selangka serta luka di buku lali, manakala isterinya yang berusia 49 tahun mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan di kepala, patah tulang rusuk dan buku lali.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TRK 502 yang ditunggang mangsa berada di lorong kiri sebelum dirempuh dari arah kanan oleh Nissan Navara yang dipandu tertuduh.
Pemandu Nissan Navara tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan polis pada hari yang sama sekitar pukul 6.55 petang.
Insiden tersebut turut tular di media sosial selepas dimuat naik oleh akaun ‘DashCam Malaysia’, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.— The Star /NURBAITI HAMDAN
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram