[VIDEO] Nahas 9 anggota FRU di Teluk Intan: Identiti dikenal pasti


  • Massa
  • Selasa, 13 Mei 2025

Amiruddin Zabri (gambar kecil) antara anggota FRU yang maut dalam nahas tersebut.

TRAGEDI yang mengorbankan 10 nyawa membabitkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pemandu lori muatan batu di Teluk Intan, Perak pada Selasa memberi kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Berita duka itu tentunya sukar diterima oleh ahli keluarga termasuk rakan-rakan mangsa yang meninggal dunia.

Berdasarkan perkongsian pengguna Facebook Mohd Hafli Azad, seorang daripada anggota FRU yang maut itu merupakan sahabatnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas lepas Ops Chariot, 9 anggota FRU maut bertembung lori muatan batu di Teluk Intan

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas FRU: Pemandu lori meninggal dunia ketika terima rawatan di Hospital Teluk Intan

"Al-Fatihah buat Amiruddin Zabri dan salam takziah untuk semua ahli-ahli keluarga.

"Rakan takraw, bola tampar, imam dan bilal masjid. Semoga ALLAH tempatkan di kalangan orang yang beriman," tulisnya.

Pada masa sama, identiti sembilan anggota yang maut dan cedera dari Unit 5 di Ipoh kini dikenal pasti.

Berikut senarai nama mangsa:

1. Sarjan S Perumal (44 tahun).

2. Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim (46 tahun) dan meninggal dunia di zon merah Hospital Teluk Intan.

3. Koperal Mohd Pozli Jaudin (41 tahun).

4. Koperal Nurit Ak Pandak (34 tahun).

5. Koperal Amiruddin Zabri (38 tahun).

6. Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan (38 tahun).

7. Koperal Muhamad Akmal Muhamad (35 tahun).

8. Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif (33 tahun).

9. Konstabel Akmal Wafi Annuar (28 tahun).

Manakala, sembilan lagi anggota cedera dan sedang dirawat di Hospital Teluk Intan.

1. Sarjan Mazlan Mat (50 tahun).

2. Sarjan Mohd Parih Ali (44 tahun).

3. Koperal Haslizal Mohd Ali (44 tahun).

4. Koperal Nizam Tarmizi (38 tahun).

5. Koperal Mohd Izwan Ishak (39 tahun).

6. Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin (39 tahun).

7. Koperal Syed Isfan Syed Mohammad (32 tahun0.

8. Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli (34 tahun).

9. Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi (26 tahun).

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dilaporkan berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan balik ke Ipoh, Perak selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak pada Isnin.

Menurutnya, lori FRU Unit 5 dirempuh dari hadapan oleh lori membawa muatan batu yang dipercayai mempunyai masalah teknikal apabila sterengnya gagal berfungsi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram