[VIDEO] Polis buru 2 wanita curi, buka parcel orang sesuka hati di JB


  • 112
  • Isnin, 12 Mei 2025

Tangkap layar dua wanita didakwa mencuri beberapa bungkusan parcel milik orang lain di sebuah lokasi di Bandar Seri Alam.  

POLIS kini sedang mengesan dua wanita disyaki mencuri dan membuka bungkusan penghantaran milik orang lain di kawasan perumahan di Bandar Seri Alam dekat Johor Bahru, Johor yang turut tular di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang lelaki berusia 44 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.49 petang, Jumaat lalu, dan dirakam menerusi sebuah video yang kini tersebar luas di laman media sosial.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Luluh hati seorang ibu', budak perempuan 7 tahun ditemukan lemas di Sungai Balok

BACA LAGI :  [VIDEO] 'Mak Su di ICU', netizen buat kerja, pemilik pikap langgar lari suami isteri di NKVE dikesan, siap tutup akaun Facebook

"Rakaman menunjukkan dua wanita sedang membuka bungkusan yang bukan milik mereka sebelum tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

 

 

Mohd. Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambah beliau, siasatan turut melibatkan syarikat penghantaran, pemilik bungkusan serta kedua-dua suspek.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 018-9584479 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Terdahulu tular satu video rakaman seorang lelaki memarahi dua orang wanita yang didakwa mencuri beberapa bungkusan parcel milik orang lain di sebuah lokasi di Bandar Seri Alam.  

Kedua-dua wanita itu didakwa berada dalam keadaan yang mencurigakan sebelum membawa lari parcel berkenaan sebelum dikejar lelaki tersebut.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram