
SEORANG pengguna kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran Malaysia, Proton e.MAS bedepan detik cemas apabila menemui seekor anak kucing di bawah kenderaannya baru-baru ini.
Kisahnya itu juga sempat dikongsikan di akaun Facebooknya Ayshah Rosli pada Rabu.
Menurutnya, kejadian dikesan selepas menyedari perkara aneh sebelum menghantar keretanya ke sebuah bengkel di Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk diperiksa lebih lanjut.
BACA LAGI: Sedia berundur dari parti, Kabinet jika tak dipilih semula sebagai pemimpin PKR — Rafizi Ramli
Hasil pemeriksaan secara terperinci, seekor anak kucing ditemui di dalam komponen bawah berhampiran tayar dan enjin kereta tersebut.
Kucing itu kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diselamatkan oleh pekerja bengkel terbabit.
"Kisah anak kucing lima hari dalam e.MAS. Lokasi dijumpai, dalam sub-frame.
"Hari keempat pergi Proton Customer Service, tak dapat cari sebab kucing tak berbunyi.
"Hari kelima, kucing bunyi semula semakin kuat dan bawa ke kedai tayar," tulisnya.
Pemilik turut memohon cadangan nama sesuai buat anak kucing yang dianggap bertuah itu sebagai simbolik kepada pengalaman tersebut.
Rata-rata warga maya turut mencadangkan beberapa nama yang menarik sempena kisah itu.
"Bagi nama TAYA. Sebab nak keluarkan dia kena cabut tayar," cadang Khai Ris.
"Maka akan dimanakan anak kucing ini sebagai E-Miao," seloroh Melvin Redstorm. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram