
SEKURANG-KURANGNYA beberapa orang terkorban dan banyak lagi cedera selepas seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar orang awam di sebuah festival jalanan Filipino di Vancouver, Kanada pada malam Sabtu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, pemandu tersebut ditahan selepas kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) berhampiran persimpangan East 41st Avenue dan Fraser Street.
Ketika kejadian, lokasi itu dipenuhi orang awam yang menghadiri Pesta Lapu Lapu Day.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada 4 rekod jenayah, pemandu naik hantu langgar lelaki ditahan — Polis Klang
BACA LAGI: Bukit Aman kesan geng samseng rekrut ahli guna media sosial
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, meluahkan rasa kesedihannya di platform media sosial X (Twitter)
"Saya sangat terkejut mendengar tentang peristiwa mengerikan di festival Lapu Lapu di Vancouver awal malam ini (Sabtu)," ciapnya.
Video of the SUV that drove into the crowd of people in #Vancouver tonight at the Lapu Lapu Festival. Tragic news. There’s videos of the alleged suspect, I won’t be sharing those. pic.twitter.com/9o4HSR7zW1
— Karm Sumal (@KarmSumal) April 27, 2025
Pada masa sama, Datuk Bandar Vancouver, Ken Sim, serta Ketua Menteri British Columbia, David Eby, turut mengeluarkan kenyataan serupa, menyatakan rasa prihatin mereka terhadap insiden tersebut.
Pemimpin Parti Demokrat Baru Kanada (NDP), Jagmeet Singh, turut hadir di acara tersebut, namun dilaporkan meninggalkan lokasi beberapa minit sebelum tragedi berdarah itu berlaku, menurut laporan CTV News.
Menurut laporan saksi, sebuah kenderaan hitam dilihat memandu secara merbahaya di kawasan festival sebelum melanggar orang ramai yang sedang berada di situ.
Salah seorang saksi, Yoseb Vardeh, yang merupakan pemilik bersama trak makanan Bao Buns, menceritakan detik-detik menakutkan itu.
"Saya tidak sempat melihat pemandu itu dan yang saya dengar cuma bunyi enjin yang menderu.
"Apabila saya keluar dari trak makanan, saya nampak mayat di merata tempat. Pemandu itu melanggar seluruh blok, terus menuju ke tengah," katanya dalam temubual bersama Postmedia.
Lebih daripada 1,000 orang dilaporkan hadir di kawasan festival tersebut, menjadikannya satu tragedi yang mengejutkan ramai.
Polis kini sedang menyiasat punca kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram