
SEORANG pemandu kereta berdepan detik cemas apabila diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali di kawasan parkir di Johor Jaya, Johor pada Isnin lalu.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Jumaat, kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja meletakkan keretanya di kotak parkir.
Beberapa minit kemudian, kelihatan dua kenderaan menghampiri kereta mangsa dengan beberapa individu bertopeng muka dan memegang kayu keluar.
BACA LAGI: Siapa bakal Ketua Polis Negara? Apa saja boleh berlaku — Syahril A Kadir
BACA LAGI: Tak pernah tinggal solat berjemaah, guru meninggal dunia saat keluar masjid di Parit Buntar
Mereka juga bertindak agresif dan terus memukul kereta terbabit menggunakan kayu beberapa kali.
Pada masa sama, dua individu lain dari sebuah lagi kereta turut serta dalam pergaduhan itu.
Kira-kira 10 individu terbabit kemudiannya menjerit dan berlalu pergi.
Mangsa juga dilihat keluar dari kereta dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
Bagaimanapun, lokasi dan punca kejadian masih tidak dapat dipastikan lagi.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian.
Video itu sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang ramai.
"Dah macam mafia," tulis Cara Kita.
"Tangkap duduk dalam penjara seumur hidup. Jangan bagi seorang pun keluar," gesa As Mida.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan mengenai kejadian tersebut yang berlaku di Johor Jaya, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, belia memaklumkan seramai lapan suspek berusia 19 hingga 37 tahun telah ditahan dan dikenakan reman.
Katanya, dua suspek ditahan pada Selasa lalu manakala enam lagi pada Khamis.
“Kesemua lapan suspek kini ditahan reman sehingga Ahad.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324, 148 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi The Star.
Tuduhan itu masing-masing melibatkan kesalahan menyebabkan kecederaan secara senjaga dengan cara atau senjata berbahaya, merusuh dengan senjata, dan melakukan khianat yang mengakibatkan kerugian.
Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun mengalami kecederaan di muka dan pergelangan tangan dalam kejadian terbabit yang dilaporkan berpunca akibat perselisihan faham.
Sohaimi menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi lanjut ketika siasatan dijalankan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram