
BEBERAPA pelajar tahfiz dilaporkan cedera terkena serangan bom di Ban Thon, Narathiwat, Thailand pada Ahad.
Kejadian juga didakwa berlaku di sebuah balai polis di kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia kira-kira pukul 7 malam.
Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam di Facebook Razali Zakaria, letupan kuat itu dikatakan didengari sehingga beberapa kilometer.
BACA LAGI: Pemandu bas negatif dadah, jantung lebam akibat hentakan punca penuntut UUM maut
Dalam kejadian sama, seramai lima pelajar tahfiz dan seorang anggota polis didakwa cedera dan sudah dihantar ke hospital.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram