
PEREKA pesawat tempur halimunan, J-36 milik China kini sedang membangunkan sistem komputer yang akan membantu juruterbang melakukan pendaratan dalam situasi penerbangan sukar ketika pesawat di udara, lapor satu kertas penyelidikan yang diterbitkan.
Keupayaan pesawat dengan ciri tiga enjin, sayap lebar tanpa ekor itu dilapor mengejutkan pemain industri pertahanan global apabila ia dirakam berada di ruang udara bandar raya Chengdu, China pada Disember lalu.
Dengan keupayaannya beroperasi secara senyap, jet pejuang itu - dikenali dengan nama tidak rasmi J-36 selaras dengan konvensyen penamaan untuk pesawat tentera China yang lain - mempunyai reka bentuk badan pesawat dengan kapasiti membawa peluru berpandu bagi serangan jarak jauh.
Satu kertas kerja diterbitkan pada Mac lalu dalam jurnal penerbangan terkemuka China, Acta Aeronautica et Astronautica Sinica menunjukkan pasukan reka bentuk J-36 berada di peringkat awal untuk membangunkan varian pesawat berkenaan yang sesuai untuk digunakan dengan armada kapal pengangkut pesawat Tentera Laut PLA yang semakin berpengaruh.
Masalah bahagian sayap
Menerusi kertas kajian tersebut, Timbalan Ketua Pereka Institut Reka Bentuk dan Penyelidikan Pesawat AVIC Chengdu, Tao Chenggang berkata, risiko kepada juruterbang yang cuba mendaratkan pesawat generasi keenam pada sebuah kapal induk adalah sangat tinggi.
Pesawat itu menghadapi cabaran kritikal daripada segi reka bentuk radikal tidak menggunakan bahagian ekor untuk kecekapan bunyi dan aerodinamik, sekali gus menjadikan pendaratan yang tepat menjadi sukar.
Tanpa penstabil mendatar, pesawat juga bergelut untuk mengekalkan kawalan di bahagian dasarnya.
Clear and high-quality footage of China's 6th-generation fighter J-36 while landing. pic.twitter.com/VmGCEf6BU8
— Clash Report (@clashreport) March 26, 2025
Ciri permukaan kawalan yang berlebihan – seperti elevon, sayap dasar dan pemesong slot spoiler – sering menimbulkan gangguan antara satu sama lain, menghasilkan daya yang tidak stabil.
Menurut kertas itu, satu lagi isu perlu diatasi pasukan reka bentuk gangguan yang disebabkan udara bergelora yang berputar di belakang kapal pengangkut pesawat dan boleh mengganggu laluan penerbangan dengan teruk.
Walaupun menghadapi kesukaran, China mesti menyelesaikan masalah ini, tulis Chenggang .
“Penempatan pesawat antiradar di kapal pengangkut memiliki kepentingan strategik yang mendalam, kerana ia boleh meningkatkan keupayaan operasi tentera laut.”
Penyelesaian radikal
Dengan kerjasama Universiti Aeronautik dan Astronautik Nanjing, Chenggang dan pasukannya merintis teknologi baharu yang melibatkan beberapa inovasi kritikal.
Para penyelidik membangunkan sistem "kawalan daya langsung" yang memisahkan pelarasan laluan penerbangan dari postur pesawat, membolehkan juruterbang mengubah daya apungan secara langsung tanpa menjejaskan kestabilan asas.
Menurut kertas itu, sistem mengira pelarasan permukaan kawalan dalam masa nyata melalui matriks Jacobian - model matematik untuk memetakan pesongan mikro kepada perubahan yang berlaku - membolehkannya menangani pangkalan data aerodinamik yang "tidak sempurna".
Chenggang dan rakan-rakannya menyatakan bahawa kebergantungan terhadap pangkalan data itu merupakan kelemahan utama sistem lama.
Justeru, mereka menjalankan peralihan kepada modul yang dibuat khusus, dikenali sebagai Pemerhati Gangguan Masa Tetap (FTDO), yang sering digunakan dalam sistem robotik termaju.
FTDO mengesan dan meneutralkan kesan gandingan silang antara permukaan kawalan dalam beberapa saat, menggunakan algoritma yang diilhamkan oleh mekanik kuantum.
Semasa simulasi, ia menahan gelombang udara sintetik yang meniru keadaan laut sangat kasar dengan ombak sehingga enam meter (19 kaki 8.2 inci), menurut kajian itu.
Penyelesaian China menyepadukan vektor tujahan 3D dengan permukaan baru seperti "kemudi heretan" yang dipasang di sayap adalah berbeza dengan sistem Magic Carpet Tentera Laut AS, yang direka untuk ekor konvensional, kata para penyelidik.
Semasa pendaratan, deflektor spoiler-slot memodulasi aliran udara di atas kepak belakang, mengekalkan kuasa kawalan walaupun dalam beberapa keadaan penerbangan yang tidak dirancang.
Hasil simulasi
Sistem itu telah diuji merentasi sejumlah besar pendaratan simulasi dalam keadaan yang ekstrem - termasuk angin lintang yang kuat dan geladak kapal yang tinggi - dan menunjukkan berjaya ketepatan pendaratan luar biasa, menurut pasukan itu.
Para penyelidik menjalankan 30 pendaratan simulasi untuk setiap satu daripada tiga keadaan laut berbeza, yang menampilkan pelbagai pergerakan kapal dan geladak.
Ujian menunjukkan sistem itu boleh membantu juruterbang mengurangkan ralat ketinggian kepada hanya dua sentimeter semasa keadaan pergolakan yang kuat.
Diagram menunjukkan proses pendaratan untuk jet pejuang generasi keenam yang sedang dibangunkan China. — Agensi
"Hasil pendaratan menunjukkan bahawa hampir semua titik pendaratan dikelompokkan antara wayar penangkap kedua dan ketiga di ketiga-tiga kawasan laut," tulis mereka.
"Ini seterusnya menunjukkan bahawa kawalan daya langsung secara berkesan menyekat gangguan dari kedua-dua kapal terbang dan pergerakan dinamik geladak kapal, membolehkan pendaratan tepat untuk pesawat terbang konfigurasi," ujarnya.
Mengatasi Magic Carpet
Semasa membuat perbadingan perisian Magic Carpet milik Tentera Laut AS – yang memudahkan pendaratan kapal induk untuk juruterbang Super Hornet F/A-18 – jurutera China menegaskan bahawa terdapat perbezaan kritikal antara kedua-dua sistem.
Ketika Magic Carpet menggunakan jadual diprogramkan untuk operasi ekor dan sayap, sistem dipakai Cina menganggap setiap permukaan sebagai pembolehubah dinamik.
Apabila vektor tujahan berinteraksi dengan bahagian seperti kepak dasar, matriks Jacobian akan mengira semula pesongan optimum pada kelajuan lebih tinggi dengan bantuan binaan kepada algoritmanya yang cekap.
Bergerak ke hadapan, masih banyak kerja perlu dilakukan namun penemuan dalam penyelidikan itu menunjukkan cita-cita China untuk membina jet pejuang generasi keenamnya bagi beroperasi di perairan biru yang jauh dari tanah besar China.
"Berikutan penyelesaian reka bentuk awal, fasa kerja seterusnya akan memberi tumpuan kepada mengoptimumkan seni bina kawalan untuk meningkatkan pengukuhan ketika senario kegagalan permukaan kawalan.
"Usaha ini bertujuan untuk membangunkan metodologi pendaratan ketepatan praktikal, yang akhirnya meletakkan asas untuk menggunakan konfigurasi pesawat tanpa ekor itu pada kapal induk tentera laut," ujar kertas kajian tersebut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram