Lebih 40 jalan Segambut selesai diturap, baki 6 jalan dijangka siap seminggu lagi


  • Primer
  • Khamis, 05 Dis 2024

Sebanyak 44 daripada 50 jalan di Segambut, Kuala Lumpur sudah siap diturap dan bakinya dijangka selesai dalam masa seminggu. — The Star

SEBANYAK 50 jalan di Segambut, Kuala Lumpur dikenal pasti untuk kerja-kerja penurapan semula pada 2024 dengan 44 daripadanya sudah selesai.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, kerja-kerja menaik taraf bagi baki enam jalan bermula pada Rabu dan dijangka siap dalam masa seminggu.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik empat kontraktor untuk kerja-kerja menaik taraf jalan di Segambut.

"Setiap kontraktor diberi bajet RM2 juta untuk tempoh dua tahun iaitu untuk tahun ini (2024) dan tahun depan (2025)," katanya.

BACA LAGI: Najib dakwa hubungan rapat dengan Jho Low diperbesarkan dalam skandal 1MDB

BACA LAGI: Pelajar warga China di Singapura tak mengaku culik remaja 15 tahun di Johor Bahru

Beliau berkata, ia sekali gus menjadikan peruntukan DBKL untuk kerja-kerja penurapan semula jalan di kawasan perumahan dan komersial di Segambut kepada RM8 juta dalam tempoh dua tahun.

Antara jalan lain yang sudah dibaiki adalah di Taman Bukit Maluri, Bandar Menjalara, Taman Tun Dr Ismail, Taman Segambut Aman, Taman Desa Segambut, Taman Sri Segambut, Taman Bamboo dan Taman Sri Kuching.

Manakala kerja naik taraf jalan sedang dijalankan di Jalan Udang Batu, Jalan Udang Galah 6, Jalan Udang Galah 5, Jalan Udang Galah 4, Jalan Udang Galah dan sebahagian Jalan Kuching. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram