Pencapaian hebat MCMC, 12 projek disenarai pendek Hadiah WSIS 2025


  • Primer
  • Ahad, 20 Apr 2025

Menurut MCMC projek yang disenarai pendek itu merangkumi pelbagai Garis Tindakan (AL) WSIS dan amat selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) PBB. — Facebook/Frandy Lim

SEBANYAK  dua belas projek Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) disenaraikan sebagai finalis untuk Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025.

Dalam satu kenyataan, MCMC berkata, Hadiah WSIS anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan disokong agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain, merupakan platform diperakui di peringkat global bertujuan mengiktiraf inisiatif digital yang memberi impak serta menyumbang kepada pembangunan mampan.

"Malaysia telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pembangunan digitalnya.

BACA LAGI: Gerai masakan Pantai Timur 'bungkus', wanita asal Kota Bahru buka agensi pelancongan teroka destinasi unik Eropah antaranya buru cahaya aurora

BACA LAGI: Berkat jaga ibu di Muar, tinggalkan bisnes di KL, Bahar raih pendapatan lumayan teroka sektor pertanian

"Pengiktirafan oleh ITU mencerminkan komitmen berterusan negara untuk memacu keterangkuman digital dan mempromosi inovasi mampan, sejajar dengan aspirasi global di bawah rangka kerja WSIS," menurut kenyataan itu.

MCMC menyifatkan pemilihan projeknya daripada ratusan penyertaan seluruh dunia sebagai satu pencapaian membanggakan..

Selain itu, Malaysia juga dinamakan sebagai Rakan Strategik Platinum pada WSIS+20 tahun ini yang merupakan satu penghormatan sekali gus menekankan pengaruh negara yang semakin meningkat dalam perbincangan digital global dan mengukuhkan lagi kehadiran Asia Tenggara sebagai kuasa digital serantau.

Menurut MCMC projek yang disenarai pendek itu merangkumi pelbagai Garis Tindakan (AL) WSIS dan amat selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) PBB.

MCMC front desk, this is the newest logo as of Sept 2024.

Menurut MCMC, susulan kejayaan pada 2023 and 2024, senarai pendek tahun ini adalah berdasarkan reputasi Malaysia yang semakin meningkat sebagai peneraju serantau dalam menggunakan ICT untuk pembangunan inklusif.

Projek terpilih termasuk Kesalinghubungan Luar Bandar Ditakrifkan Semula: Bagaimana SMART600 Membentuk Masa Depan Sarawak, MetaHRise: Mentransformasi Suai Tugas (Onboarding) dan Pembangunan Bakat melalui Metaverse serta Pusat Penyebaran Maklumat Kebangsaan.

Projek lain ialah Program Masyarakat Tanpa Tunai MCMC, Kiosk Telekesihatan Pintar Sihat Xpress dan Memperkasakan Komuniti untuk Penggunaan AI yang Sihat dan Beretika menerusi program MCMC Microsoft AI TEACH.

Menurut MCMC, susulan kejayaan pada 2023 and 2024, senarai pendek tahun ini adalah berdasarkan reputasi Malaysia yang semakin meningkat sebagai peneraju serantau dalam menggunakan ICT untuk pembangunan inklusif.

"Dengan sokongan padu merentas kementerian dan agensi kerajaan, projek-projek ini mendorong ke arah masyarakat yang lebih terhubung secara digital dan diperkasakan," jelas kenyataan itu.

Undian awam untuk Hadiah WSIS 2025 kini dibuka dan rakyat Malaysia digalakkan mengambil bahagian dan menyokong usaha tempatan di pentas dunia dengan mengundi projek memberi inspirasi kepada mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram