[VIDEO] Rumah kena pecah waktu suami kerja malam, Perodua Axia antara barang dikebas penyamun di Simpang Renggam


  • Tular
  • Jumaat, 18 Apr 2025

Tangkap layar video CCTV di lokasi memaparkan suspek (bulatan merah) sedang melakukan kegiatan pecah rumah di Taman Orkid, Simpang Renggam pada Jumaat.

SATU kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku di Taman Orkid, Simpang, Renggam, Johor pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian pada pukul 3.23 pagi itu, suspek berjaya membawa lari sebuah kereta Perodua Axia berwarna kuning, wang tunai beserta barangan kemas.

Satu video berdurasi dua minit 13 saat, diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi turut tular di media sosial, menyaksikan kelibat seorang individu dipercayai suspek sedang berdiri di hadapan sebuah rumah di kawasan kediaman tersebut.

BACA LAGI: Gerai masakan Pantai Timur 'bungkus', wanita asal Kota Bahru buka agensi pelancongan teroka destinasi unik Eropah antaranya buru cahaya aurora

BACA LAGI: Berkat jaga ibu di Muar, tinggalkan bisnes di KL, Bahar raih pendapatan lumayan teroka sektor pertanian

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Sementara itu, difahamkan, suspek dipercayai telah memecah masuk kediaman mangsa untuk mendapatkan baranga curian termasuk kunci kereta yang diletakkan di dalam rumah.

Kereta milik mangsa yang dipercayai dibawa lari dalam kejadian pecah rumah di Taman Orkid, Simpang, Renggam, Johor pada awal pagi Jumaat. — Facebook

Menerusi maklumat awal dikongsikan di media sosial, penghuni rumah tersebut yang ketika itu dihuni oleh seorang wanita dan anaknya yang masih kecil sedang tidur dan tidak menyedari kehadiran suspek.

Suami kepada wanita terbabit difahamkan sedang berada di tempat kerja pada waktu kejadian.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram