Keputusan SPM keluar 24 April


  • Primer
  • Khamis, 17 Apr 2025

SERAMAI 402,956 calon menduduki SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi Khamis minggu depan (24 April 2025).

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Pendidikan berkata, calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri masing-masing di tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Kedua-dua jenis calon iaitu dari sekolah dan institusi swasta juga boleh menyemak keputusan melalui myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan masing-masing.

“Atau melalui SMS dengan menaip SPM (jarak) MyKad (jarak) serta nombor indeks dan hantar ke 15888 bermula dari pukul 10 pagi pada 24 April hingga 6 petang pada 30 April 2025,” kata kementerian itu.

Seramai 402,956 calon menduduki SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram