
SEMUA jemaah yang menunaikan umrah mahu pun haji di Makkah disarankan untuk sentiasa mematuhi undang-undang termasuk membawa barang larangan di lapangan terbang.
Para jemaah juga diingatkan agar tidak mengambil dan membawa pulang pasir dari Tanah Suci secara sesuka hati.
Sama seperti sebuah video tular di media sosial sejak Selasa yang memaparkan tindakan jemaah umrah membawa beberapa botol diisi dengan pasir dari Makkah.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis larang Sarjan Alang 'bertugas', penjaga akur keresahan orang awam
Pasir dari Mekkah pun di curi & bawa balik …kang dijual balik kat org kg…. pic.twitter.com/9GFqoo0qFf
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) April 15, 2025
Dalam video sama, tindakan itu bagaimanapun berjaya dihalang pihak penerbangan di sebuah lapangan terbang di Arab Saudi baru-baru ini.
Menerusi rakaman dikongsikan pengguna akaun TikTok @asiaimanwisata, pasir tersebut dikatakan untuk mengambil keberkatan.
Namun, perkara tersebut sememangnya dilarang dan bercanggah dengan syariah Islam.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada jemaah terbabit dari Malaysia atau tidak.
Selain itu, tindakan membawa pasir atau barang berunsurkan debu tidak digalakkan untuk dibawa naik ke pesawat.
Berdasarkan peraturan umum setiap lapangan terbang termasuk Arab Saudi, membawa pasir atau tanah boleh memberi risiko keselamatan, menyebabkan kerosakan alat elektronik, pakaian serta kebersihan pesawat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram