Jenazah Tun Abdullah selamat dikebumikan, pemimpin ke-5 bersemadi di Makam Pahlawan


  • Primer
  • Selasa, 15 Apr 2025

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan pada Selasa.

JENAZAH Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan dekat Masjid Negara, Kuala Lumpur sekitar pukul 2.30 petang Selasa. 

Tokoh negarawan yang lebih mesra disapa Pak Lah itu turut menjadi pemimpin Malaysia kelima yang dikebumikan di bawah kubah bersejarah Makam Pahlawan, menyertai barisan negarawan terbilang iaitu Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, dan Tun Ghafar Baba. 

Untuk rekod, kubah tersebut menempatkan tujuh ruang khas untuk tokoh-tokoh utama negara.

BACA LAGI :  [VIDEO] 'Tangkap reman, dakwa segera', aksi mat rempit halang laluan di LPT undang kemarahan

BACA LAGI : [VIDEO] Dikawal ketat polis, Najib beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi

Jenazah Pak Lah disemadikan bersebelahan makam Tun Hussein Onn selepas selesai solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun akibat komplikasi pernafasan.

Sejak awal pagi Selasa, suasana pilu menyelubungi perkarangan Masjid Negara apabila ribuan hadir, termasuk para pemimpin negara dan orang ramai, bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. 

Allahyarham yang dikenali dengan sifat tenang dan pendekatan sederhana dalam kepimpinan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala lumpur pukul 7.10 malam Isnin. 

Pak Lah meninggal dunia pada usia 85 tahun akibat komplikasi pernafasan.

Allahyarham meninggalkan legasi besar dalam sejarah politik tanah air dan akan terus dikenang sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang memperjuangkan prinsip kesederhanaan, integriti dan perpaduan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram