
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan menjadi persaingan tiga penjuru.
Kerusi itu akan ditandingi oleh Dr Mohamad Yusri Bakir dari Barisan Nasional, Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula meletakkan Setiausaha Agung parit itu, KS Bawani.
Pengumuman terbabit dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Dewan Merdeka di Tapah, Perak pada Sabtu.
Tarikh pengundian ditetapkan pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.
PRK itu diadakan selepas penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia pada 22 Februari lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 2022, Ishsam memperoleh 9,088 undi dan menang dengan majoriti 2,213, menewaskan calon Parti Amanah Negara, Mohd Nazri Hashim, Muhammad Noor Farid dari PAS, Bawani, dan Maziah Salim dari PEJUANG. — The Star/IVAN LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram