Teroka pasaran motosikal terpakai, Rider Gate tawar penyelesaian pantas dan selamat


  • Bizz
  • Khamis, 10 Apr 2025

Terdapat kira-kira 16.7 juta motosikal berdaftar di negara ini dan pasaran terpakai menyumbang kira-kira 1.7 juta daripada jumlah kenderaan dua roda yang didaftarkan setiap tahun. — Gambar hiasan

SETIAP tahun, kira-kira 100,000 motosikal baharu dijual di Malaysia, dengan pasaran motosikal terpakai menyumbang kira-kira 10 peratus hingga 12 peratus daripada jumlah jual beli tersebut.

Sebahagian besar transaksi motosikal terpakai kini berlaku antara pembeli dan peniaga di sebalik kewujudan beberapa platform jualan seperti seperti Mudah.my dan iMotorbike.

Selain dua platform disebutkan itu, terdapat satu lagi pemain baharu iaitu Rider Gate, sebuah perkhidmatan dalam talian motor terpakai yang merupakan sebahagian daripada syarikat Ramssol Group Bhd (Ramssol).

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Meskipun tidak menyasarkan untuk mencapai status unicorn dalam masa terdekat, ia tetap berpotensi untuk berkembang.

Pengurusan Ramssol mengakui platform tersebut mencatatkan permulaan agak perlahan sejak pelancarannnya tahun lalu dengan kira-kira dua hingga tiga transaksi sehari.

Kumpulan yang berasaskan pembangunan teknologi itu ketika ini masih belum memasarkan platform tersebut kepada orang ramai secara agresif dengan mengambil kira tahap persediaannya yang masih di peringkat awal.

Customers checking out a motorcycle at a shop at Taman Nusa Perintis. — THOMAS YONG/The Star

Sebahagian besar transaksi motosikal terpakai kini berlaku antara pembeli dan peniaga di sebalik kewujudan beberapa platform jualan seperti seperti Mudah.my dan iMotorbike. — Gambar hiasan

Ini kerana, mereka dilaporkan masih perlu menangani beberapa isu teknikal.

Kejayaan platform itu turut bergantung kepada usaha melengkapkan keupayaan perkhidmatannya dengan mendapatkan kelulusan kerajaan bagi melaksanakan pemindahan pemilikan dan e-geran motosikal yang diniagakan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif Ramssol, Datuk Cllemant Tan Chee Seng memberitahu Starbiz 7 bahawa keupayaan perkhidmatannya akan meningkatkan keberkesanan Rider Gate dan menjadikannya lebih menarik kepada orang ramai.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai cadangan Kementerian Pengangkutan untuk bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi membolehkan aplikasi mudah alih untuk transaksi motosikal terpakai disepadukan dengan sistem mySIKAP supaya transaksi lebih mudah, pantas dan selamat dapat dijalankan.

Potensi pasaran

Terdapat kira-kira 16.7 juta motosikal berdaftar di negara ini dan pasaran terpakai menyumbang kira-kira 1.7 juta daripada jumlah kenderaan dua roda yang didaftarkan setiap tahun.

Chee Seng  berkata, Rider Gate sedang cuba untuk mendapatkan bahagian pasaran tersebut dengan penawaran harga lebih baik dan perkhidmatan pelengkap lain seperti insurans, pembiayaan dan pemeriksaan.

Perkhidmatannya juga dapat mengelak bakal pembeli dan penjual menjadi mangsa penipuan sindiket yang sudah menjadi masalah sekian lama dalam pasaran barangan terpakai.

Keupayaan untuk melakukan pemindahan pemilikan dan pemberian elektronik bagi motosikal yang didagangkan boleh memberikan Rider Gate kelebihan berbanding pesaingnya.

Dalam pada itu, Ramssol menetapkan matlamat untuk menjadikan Rider Gate seperti Carsome bagi segmen perdagangan motosikal terpakai.

Datuk Seri Tan Chee Seng at Ramssol Group's Q1 Briefing Investor Briefing. (APRIL 24 2024) — ART CHEN/The Star

Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif Ramssol, Datuk Cllemant Tan Chee Seng.

Walaupun jumlah urus niaga semasa kini masih kecil, Ramssol berhasrat untuk meningkatkan bilangan tersebut kepada kira-kira 200,000 setiap tahun. 

Menurut Chee Seng , sasaran itu boleh dicapai dengan bantuan strategi pemasaran lebih agresif.

Sebahagian daripada penawaran segmen autoteknologi kumpulan Ramssol, platform Rider Gate berfungsi sama seperti platform dalam talian Carsome untuk kereta terpakai.

Namun, tidak seperti Carsome yang membeli kereta terpakai dan kemudian menjualnya semula, Rider Gate hanya akan menjadi platform pasaran bagi pihak bersedia untuk berurus niaga.

Oleh itu, modal yang terlibat daripada operasi Ramssol adalah jauh lebih rendah.

"Kami membelanjakan kira-kira RM20 juta membangunkan platform, semua wang itu datang daripada sumber dalaman. 

"Rider Gate pada asasnya adalah pelancaran produk baharu, ia sangat khusus (niche) dalam pasaran. Kami mempunyai potensi yang cerah," kata Chee Seng .

Platform itu mengenakan bayaran kepada pembeli dan penjual sebanyak RM50 bagi setiap satu transaksi dan Ramssol dianggarkan boleh menjana kira-kira RM80 daripada urusan berkenaan.

Ia juga mengambil komisen daripada perkhidmatan pelengkap seperti sokongan insurans dan pembiayaan. Selain itu, platform Rider Gate juga mudah untuk digunakan. 

Pemilik motosikal yang ingin menjual motosikalnya boleh mendaftar di platform dan membuat temujanji untuk ke mana-mana cawangan pengedar berdaftar platform tersebut di seluruh negara.

Peniaga akan melakukan pemeriksaan di 31 poin bahagian kenderaan dalam masa lapan minit. 

Peniaga kemudiannya akan membuat tawaran dan jika harga tersebut tidak dipersetujui oleh pemilik, motosikal terbabit akan dimuat naik pada platform Rider Gate dan diberi penarafan berdasarkan penilaian pemeriksaan.

Peniaga daripada Persatuan Penjual Motosikal & Skuter Malaysia di seluruh negara kemudiannya boleh membida item yang ditawarkan selama tujuh hari.

Sekiranya pemilik tidak berpuas hati dengan harga ditawarkan, motosikal tersebut akan ditawarkan kepada orang ramai untuk membida dalam tempoh 30 hari.

Dalam pada itu, Chee Seng  turut melahirkan keyakinan terhadap potensi platform berkenaan.

"Memang agak sukar untuk meningkatkan daripada menguruskan urus niaga niaga satu motosikal sehari kepada 100 unit. Tetapi untuk meningkatkan dari 100 unit kepada 10,000 unit, ia dijangka boleh berlaku dengan lebih pantas. 

"Saya perlu menjayakannya di sini (Malaysia) dan secara jujurnya ia adalah projek  dengan cita-cita yang sangat, jadi ia sama ada menjadi besar atau berdepan dengan kegagalan," kata Chee Seng .

(BRIEF CAPTION): A customer checking out motorcycle at a shop at Burma road in Pulau Tikus, Penang.(July 5, 2024) —CHAN BOON KAI/The Star

Sekiranya pemilik tidak berpuas hati dengan harga ditawarkan, motosikal tersebut akan ditawarkan kepada orang ramai untuk membida  di platform Rider Gate dalam tempoh 30 hari. — Gambar hiasan

Jika Rider Gate mencapai skala sasarannya di Malaysia, Chee Seng  berkata, Ramssol merancang untuk membawa platform itu ke negara serantau seperti Indonesia (132 juta motosikal setakat 2023) dan Thailand (22 juta) yang mana pasaran motosikalnya jauh lebih besar.

Memindahkan harta intelek (IP) tersebut ke dalam pasaran semasa dijangka boleh berjalan dengan lancar kerana Ramssol mempunyai kehadiran perniagaan di rantau ini melalui pemasaran penyelesaian pengurusan modal insan (HCM), penyelesaian pengurusan pelajar, perkhidmatan penambahan kakitangan teknologi maklumat dan aplikasi teknologi.

Ruang pertumbuhan

Pada masa ini, pasaran Malaysia menyumbang kira-kira 43.23 peratus daripada jumlah pendapatan Ramssol, manakala Indonesia menyumbang kira-kira 27.23 peratus dan Thailand 15.72 peratus. 

Singapura menyumbang 13.82 peratus daripada jumlah hasil pada tahun kewangan 2023 (FY23).

Untuk FY24 berakhir 31 Disember 2024, perniagaan teras Ramssol, HCM merekodkan peningkatan hasil dan pendapatan dua kali ganda dari tahun ke tahun, masing-masing mencecah RM61.7 juta dan RM13.5 juta.

Chee Seng  berkata, perniagaan teras syarikatnya itu dijangka meneruskan prestasi cemerlang itu pada FY25.

Maybank Investment Bank, dalam laporan baru-baru ini, menyatakan bahawa dengan kira-kira 20 peratus margin keuntungan bersih, Rider Gate berpotensi memacu pertumbuhan pendapatan sekunder untuk Ramssol pada tahun-tahun mendatang.

Ia mengekalkan harga sasaran RM1 sesaham dan penarafan "beli" pada saham.

Chee Seng  berkata, jika Ramssol dapat melihat pertumbuhan mampan pada asas perniagaanRider Gate, ia boleh mempunyai pelan hala tuju kepada tawaran awam permulaan di Nasdaq dalam tempoh dua tahun, atau malah menjual kepentingan dalam IP kepada pelabur strategik jika timbul keperluan untuk pengumpulan dana baharu. — The Star/BHUPINDER SINGH

 Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram