
RUMAH Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dibatalkan sebagai tanda menghormati mangsa insiden kebocoran gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Susulan itu, Amirudin berkata, segala persiapan majlis itu termasuk makanan akan disalurkan kepada pusat pemindahan sementara (PPS), rumah anak yatim, sekolah berasrama dan petugas keselamatan yang bertugas di lokasi bencana.
BACA LAGI: [VIDEO] Hajat 'membuang' tepi jalan terbantut, pemandu lori cedera diserang harimau di Bukit Tangga
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura tanya bekalan air sebelum ragut rantai budak perempuan di Putrajaya
"Keputusan ini diambil demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dalam insiden menyayat hati itu.
"Saya memohon maaf atas segala kesulitan susulan pembatalan ini,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan petugas dan pelaksana majlis yang bertungkus-lumus melakukan persiapan sebelum ini.
“Saya amat menghargai persefahaman semua pihak yang menerima keputusan itu dengan hati terbuka demi maslahah lebih besar.
“Semoga ALLAH SWT memberkati segala usaha kita serta mengurniakan kekuatan kepada mangsa dan semua yang terlibat dalam menghadapi ujian ini,” katanya.
Sebelum ini, Program Rumah Terbuka Aidilfitri itu dijadual akan berlangsung di Dataran Kawad Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Seksyen 15, Bandar Batu Bangi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram